LG Menghasilkan Skrin Yang Boleh Diregang Untuk Menjadi Lebih Besar

TechnologyDigital
9 Nov 2022 • 11:07 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Skrin boleh-lipat dan boleh-gulung telah dihasilkan pada peranti untuk membolehkan saiz skrin menjadi lebih besar. Walaupun penggunaannya masih rendah, kewujudan teknologi ini membolehkan peranti hibrid wujud. Seterusnya dalam evolusi teknologi skrin ialah skrin boleh-regang dengan ia telah diperlihatkan oleh LG.

image is not available

Menerusi teknologi yang dibangunkan oleh LG ini, skrin boleh membesar dari 12″ ke 14″ tetapi mengekalkan kepadatan pixel 100ppi dan sokongan warna. Ini menjadikannya skrin boleh-regang beresolusi tinggi pertama dunia.

Menurut LG teknologi skrin micro-LED ini boleh digunakan pada pakaian, dalam pesawat, jam tangan, kenderaan, gaming dan banyak lagi. Teknologi ini masih lagi di peringkat prototaip dengan ia dibangunkan sejak 2020 lagi.