Awek Bertudung ‘Belanja’ Goyang Tengah Orang Ramai Rupa-Rupanya Adik Kepada…

Music
10 Jul 2023 • 3:29 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sebelum ini agak kecoh juga tentang seorang gadis bertudung menari di tengah orang ramai tanpa rasa malu. Kejadian itu berlaku ketika berlangsungnya program Big Stage.

Gadis itu juga tampil pertahankan tindakannya itu kerana menganggap perbuatannya boleh diterima kerana berada dalam majlis hiburan.

Apapun, gadis yang bergelek itu rupa-rupanya adik kepada penyanyi, Aufahanie iaitu Afrina Hani. Perkara itu disahkan Aufa di mana adiknya memang seorang pelajar di sebuah sekolah seni.

image is not available

Memang benar dia merupakan adik saya. Pertama sekali yang saya nak beritahu adik saya merupakan seorang penari dan sudah bergraduasi dari sebuah sekolah seni di Kuala Lumpur.

Dia memang suka menari. Dekat rumah pun asyik menari sampaikan saya dekat rumah cakap dengan dia, ‘adik cuba duduk’. Sangat hyper, mungkin jiwa dia setiap kali dengar lagu akan menari.

Aufa juga menjelaskan dia tidak memarahi adiknya kerana masih muda, baru berusia 17 tahun. Aufa juga tidak membenarkan adiknya untuk membaca sebarang komen negatif dan kecaman kerana tidak mahu emosinya terganggu.

Saya tidak boleh halang minat dia, macam saya yang minat menyanyi, di mana-mana saya akan menyanyi. Jiwa menari dia kuat sangat, datang pula dekat konsert Big Stage, dengan vibes yang ada.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.