“Awek Dia Gelak Je Tengok” – Netizen Meluat Ramai Gadis ‘Menggeletis’ Dengan Adib ‘Biasa Maksudnya’

14 Feb 2023 • 5:08 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, tular di aplikasi TikTok mengenai sebuah video memaparkan seorang pemuda dikenali sebagai Adib Aidi yang menjadi tumpuan netizen terutama gadis-gadis di Malaysia.

Pemuda berusia 24 tahun yang juga merupakan seorang usahawan pisang goreng cheese itu tular apabila video ‘biasa? biasa maksudnya?’ mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Menurut laporan Awani, Adib berkata dia terhibur dengan reaksi-reaksi yang diberikan malah menganggap ia sebagai kaedah pemasaran untuk perniagaanya.

Bukan itu sahaja, bekas pelajar Akademi Penerbangan Malaysia itu memaklumkan bahawa dia turut mendapat beberapa tawaran daripada agensi bakat.

Adib tak akan ke bidang lakonan, sebab Adib pun tak ada bakat tapi kalau nak ambil saya untuk bidang model, insya-Allah Adib akan cuba.

Susulan menjadi tular, Adib kini seolah-olah menjadi kegilaan gadis-gadis apabila gerainya menjadi tumpuan untuk mereka bergambar bersama selain meninggalkan hadiah untuk pemuda itu.

Bagaimanapun, rata-rata netizen telah meluahkan rasa ‘meluat’ dengan sesetengah gadis yang dikatakan terlalu berlebihan demi mendapatkan perhatian Adib.

Malah, mereka turut memberi peringatan kepada gadis-gadis tersebut bahawa pemuda itu sudahpun mempunyai teman wanita.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 19 jam lalu

(VIDEO) Abang 'Rider' Dibantai Berjemaah, Tindakan Isteri Jadi Perhatian - "Kesian Tengok Dia Peluk Suami Dia"