Isu Harta Arwah, Netizen Minta Ali Puteh ‘Hadam’ Penerangan Ustaz Ini

Entertainment
14 Feb 2023 • 4:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kemelut antara balu kepada Abam Bocey, Norhidayah dan keluarga Ali Puteh kembali menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas tular video yang dimuat naik tentang rumah peninggalan arwah pada minggu lalu.

Isu tersebut telah menarik perhatian beberapa pihak yang terpanggil untuk mengulas lanjut mengenai persengketaan yang berlaku.

Tular sebuah video di TikTok menerusi akaun @juniza.mohamad yang berkongsi video rakaman seorang ustaz mengulas mengenai hukum faraid dalam satu ceramahnya.

Menerusi video terbabit, ustaz tersebut menjelaskan bahawa sekiranya si mati meninggalkan anak lelaki maka adik beradiknya tidak akan mendapat hartanya.

“Mengaji la elok-elok. Siapa-siapa suami mati dan tinggalkan anak lelaki, maka adik beradik tak ada harapan untuk dapat harta yang dia tinggalkan. Janganlah duk berangan, pusinglah macam mana pun, hukum tak bagi.”

Ustaz juga menjelaskan jika anak lelaki si mati masih kecil, si ibu merupakan pemegang amanah harta peninggalan tersebut dan boleh menggunakan harta untuk membesarkan anak.

Tambahnya, kaum wanita boleh menuntut harta sepencarian di mahkamah sekiranya suami meninggal dunia.

Perkongsian video itu telah meraih perhatian netizen, rata-ratanya turut berkongsi pengalaman tentang pembahagian harta. Dalam pada itu, ada juga netizen yang tag akaun media sosial Ali supaya pelawak itu memahami dengan jelas tentang hukum faraid.

image is not available

image is not available

Harap kedua-dua pihak dapat selesaikan masalah ini secepat mungkin…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.