Awie ‘takut’ tragedi lama berulang

Music
8 Dec 2023 • 1:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PENGALAMAN lalu yang menyaksikan Konsert 30 Tahun Wings di Kota Kinabalu dibatalkan membuatkan Wings pada awalnya ‘takut’ untuk menerima pelawaan membuat persembahan pada Borneo Rock Festival (BRF) 2023, yang bakal berlangsung 30 Disember ini.

Penyanyinya Datuk Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 55, mengakui berdasarkan apa yang berlaku sebelum ini agak sukar untuk konsert berbayar boleh ‘terjual’ di Sabah.

“Daripada pengalaman saya di sini sebelum ini, tiket konsert yang berharga RM50 ke atas agak susah nak jual.

“Sebab itu, bila penganjur kata mereka mahu buat festival rock di Borneo saya takut sebenarnya.