
![]() |
LONDON, 7 Ogos 2026 /PRNewswire/ — AXA XL, yang kini memegang kira-kira 49% saham S-RM, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai perlanjutan perjanjian untuk mengambil alih baki saham syarikat berkenaan. S-RM merupakan firma perunding pakar dalam bidang risikan korporat dan keselamatan siber.
Ditubuhkan pada tahun 2005 dan menyokong pelanggan di 140 buah negara, S-RM membantu perniagaan dan pelabur global mengemudi risiko kompleks menerusi perkhidmatan risikan, keselamatan siber, serta tindak balas krisis. Kepakaran syarikat ini merangkumi penilaian risiko siber, pengesanan terkawal dan tindak balas insiden, penyiasatan khusus, risikan geopolitik, serta uji ketelitian integriti dan reputasi.
Berlandaskan kerjasama jangka panjang antara kedua-dua organisasi, pengambilalihan S-RM akan menyokong strategi AXA XL untuk meluaskan tawaran perkhidmatan pencegahannya. S-RM dijangka terus menyediakan perkhidmatan kepada asas pelanggan globalnya di bawah AXA XL Risk Advisory, iaitu unit perniagaan baharu AXA XL yang khusus dalam bidang pencegahan.
Scott Gunter, Ketua Pegawai Eksekutif AXA XL, mengulas: “Pengambilalihan S-RM menandakan langkah penting dalam pembentukan AXA XL Risk Advisory dan usaha berterusan kami untuk melangkaui perlindungan insurans tradisional. Para pelanggan mencari wawasan berasaskan data dan bimbingan pakar bagi membantu mereka mengjangka ancaman baharu, mengurangkan risiko, serta bertindak pantas apabila berlaku sesuatu kejadian. Kepakaran khusus S-RM akan membantu kami mempercepatkan sokongan berkenaan.”
Libby Benet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA XL Risk Advisory, menambah: “S-RM membawa kepakaran yang saling melengkapi bagi memperkukuh keupayaan perundingan kami serta meluaskan penawaran perkhidmatan. Dengan menggabungkan pasukan perunding risiko kami, kepakaran risikan geopolitik dan tindak balas krisis S-RM, serta penyelesaian berteraskan teknologi AXA Digital Commercial Platform, kami mampu membantu pelanggan membina ketahanan yang lebih mendalam merentasi spektrum risiko yang lebih luas.”
Heyrick Bond Gunning, Ketua Pegawai Eksekutif S-RM, turut menambah: “S-RM telah bekerjasama rapat dengan AXA XL selama lebih 15 tahun, baik sebagai pelanggan mahupun pelabur. Urus niaga ini membolehkan kami terus melabur dalam perkhidmatan pencegahan untuk pelanggan sedia ada, di samping meluaskan jangkauan keupayaan berkenaan.”
Penyelesaian urus niaga ini tertakluk kepada syarat-syarat penutupan biasa, termasuk kelulusan pihak kawal selia, dan dijangka dimuktamadkan menjelang akhir September 2026.
Maklumat tentang S-RM
Ditubuhkan pada tahun 2005, S-RM ialah pakar dalam bidang risikan korporat dan keselamatan siber. Firma ini menyediakan perkhidmatan risikan, ketahanan, dan tindak balas kepada perniagaan serta pelabur global, sekali gus membantu pelanggan mengemudi risiko kompleks, memperkukuh ketahanan siber, dan bertindak balas terhadap krisis. S-RM beroperasi merentasi enam benua dengan sembilan pejabat antarabangsa serta menyokong pelanggan di lebih 140 buah negara.
Ikuti AXA XL di LinkedIn.
MAKLUMAT TENTANG AXA XL
AXA XL, bahagian harta benda & liabiliti serta risiko khusus AXA, menyediakan produk dan perkhidmatan insurans serta pengurusan risiko untuk syarikat bersaiz sederhana hingga syarikat multinasional besar, berserta penyelesaian reasurans kepada syarikat-syarikat insurans di peringkat global. Kami menjalin kerjasama dengan pihak yang memacu kemajuan dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati www.axaxl.com.
MAKLUMAT TENTANG AXA XL INSURANCE
AXA XL Insurance menawarkan penyelesaian insurans harta benda, liabiliti, profesional, talian kewangan (financial lines), serta risiko khusus untuk syarikat bersaiz sederhana hingga syarikat multinasional besar di peringkat global. Kami menjalin kerjasama dengan pihak yang memacu kemajuan dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati www.axaxl.com.
The post AXA XL Bakal Ambil Alih S-RM, Firma Perunding Risikan Korporat dan Keselamatan Siber Global appeared first on The Malaysian Update.



