“Ayah lah cinta pertama saya”- Rakaman Pilu Seorang Anak Sewaktu Terima Berita Kematian Bapa Buat Netizen Sebak

Entertainment
12 Aug 2025 • 4:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Takdir kehidupan kita sudah tertulis oleh Yang Maha Esa. Kita tak dapat menjangka kepergian seseorang itu lebih-lebih lagi orang yang kita sayang. Sebuah video yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok ini mendapat perhatian ramai.

Video yang berdurasi 57 saat ini memaparkan rakaman seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @delfau atau Adel, sewaktu doktor mengesahkan pemergian ayah tercintanya pada 26 Julai yang lalu.

“Doktor dah cuba ke? 30 minit CPR tiada respons?”

Dapat dilihat di dalam video itu, Adel tidak dapat menahan sebak sewaktu mengetahui kepergian ayahnya walaupun setelah doktor membuat CPR.

@delfau 26/07/2025 The moment dr bagitahu abah dah takde lepas buat CPR 30 Min, seluruh jiwaku dibawa pergi. Dia orang pertama yang mencintaiku diatas dunia ini tetapi dia juga orang pertama yang meninggalkan ku di atas dunia ini. Bukan orang lain tetapi abahku yang hebat. Missing someone who’s no longer in this world hits different. Its the kind of rindu yang tak mampu untuk sampaikan. You can’t call,text, and ask how they’re doing. Yang tinggal cuma memori, doa dan ruang kosong dalam hati. #rindu#abah ♬ original sound – Radio Rebus

Untuk pengetahuan, ayah kepada Adel ataupun Allahyarham Mohammad Fauzi bin Abdul Wahid menghidapi penyakit sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan beberapa masalah kesihatan lain.

Mohammad Fauzi dimasukkan ke hospital akibat demam panas dan pada waktu itu pernafasannya dalam keadaan tidak baik.

Sewaktu tiba di hospital, doktor memutuskan untuk Allahyarham ditidurkan segera kerana keadaan jantung yang tidak stabil, tekanan oksigen rendah dan ada jangkitan kuman pada paru-paru.

Pada hari kedua, bapa Adel disahkan positif influenza A dan hari seterusnya, doktor menjalankan prosedur menebuk leher arwah kerana buah pinggangnya sudah tidak berfungsi dan kadar toksin dalam badan terlalu tinggi.

Mohammad Fauzi kemudian disahkan meninggal dunia pada hari kelima kerana pneumonia teruk dan kegagalan multiorgan.

Adel turut menjelaskan yang ayahnya sudah memberi petanda hayatnya tidak lama dan pernah berkata bahawa rumah yang dia duduk sekarang bukan ‘rumahnya’ dan ingin pulang.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat beberapa netizen juga mengungkapkan rasa sedih dan pengalaman mereka sewaktu kehilangan orang tersayang.

image is not available
image is not available

Salam takziah buat Adel dan sekeluarga. Semoga Allahyarham Mohammad Fauzi bin Abdul Wahid ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.