Ayah saya boleh jadi menteri, bantu elak pembaziran wang negara – Ammar Ahyan

LocalPolitics
4 May 2026 • 8:40 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Anak sulung kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan menyifatkan bapanya berpotensi untuk menjadi seorang menteri yang baik berdasarkan pengalaman luas dalam bidang perniagaan.

Menurut Ammar, 18, ciri kepimpinan dimiliki bapanya mampu memberi manfaat kepada rakyat serta membantu mempertingkatkan kecekapan pengurusan kerajaan.

“Ayah saya boleh jadi menteri. Pertama sekali, dia dah biasa dengan persekitaran syarikat swasta, jadi mungkin akan bantu pengurusan kerja kerajaan lebih efisien.
“Dengan pengalaman yang dia ada, mungkin akan bantu kerajaan lebih maju dan dia juga ada ciri-ciri kepimpinan sebab dia tak suka membazir, akan elak pembaziran wang kerajaan.
“Saya bukan akan undi dia sebab saya ni anak dia, tapi saya akan undi sebab tahu dia ketua yang sangat bagus,” katanya ketika ditemu bual mStar.

Image from: Ayah saya boleh jadi menteri, bantu elak pembaziran wang negara – Ammar Ahyan

Dalam pada itu, kehadiran Ammar di Konvensyen 80 Tahun UMNO pada Sabtu lalu turut mencuri perhatian di media sosial.

Jelasnya, beliau kini sudah layak mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dan mahu melihat sendiri suasana dunia politik serta pendekatan pemimpin dalam menyantuni golongan muda.

Image from: Ayah saya boleh jadi menteri, bantu elak pembaziran wang negara – Ammar Ahyan

“PRU akan datang saya dah boleh mengundi.
“Jadi, saya pergi konvensyen kerana nak tengok pemimpin yang jaga negara, nak tengok rancangan mereka untuk golongan muda, dan nak tengok persekitaran dunia politik,” jelasnya.

Sumber: mStar Online (Amin Hazlan)