“Ayah tak sedar, mengantuk” – Mangsa Bomoh Pengganda Wang Sempat Hantar ‘Voice Note’ Terakhir Kepada Anak

Entertainment
5 Apr 2023 • 12:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penafian: Artikel ini mengandungi gambar/video/penulisan yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan.

Baru-baru ini, telah digemparkan berita dari negara jiran, Indonesia mengenai seorang bomoh pengganda duit yang dikenali sebagai ‘Mbah Slamet’ telah berjaya ditahan pihak polis Indonesia.

Salah seorang daripada mangsa ‘Mbah Slamet’, dikenali sebagai Paryanto telah diracun sebelum mayatnya dikebumikan dalam ‘kubur besar’ di sebuah ladang.

Menurut sumber, oleh kerana mangsa berasa curiga dengan keadaan yang menimpanya, dia telah bertindak untuk menghantar pesanan ringkas dan berkongsi lokasi serta voice note kepada anaknya.

image is not available

Anak lelaki Paryanto mengaku telah menerima mesej daripada bapanya yang ketika itu berada di sebuah lokasi bersama ‘Mbah Slamet’.

Mesej tersebut telah dihantar oleh Paryanto pada Khamis (23 Mac), kira-kira pukul 12.54 tengah malam sebelum dia berkongsi keadaan semasanya kepada anaknya itu.

“Takut ayah mati, ini lokasinya, Pak Slamet. Kalau tiada apa-apa berita mengenai ayah sampai Ahad, terus saja ke lokasi bersama pasukan keselamatan.”

“Ayah takut sebab tak ada kawan. Ayah seram, lebih-lebih lagi tadi di hutan, ayah tak sedar, mengantuk,” tulis Paryanto dalam pesanan tersebut.

Menerusi pesanan tersebut, Paryanto dilaporkan berasa mengantuk selepas meminum sesuatu dan pada waktu itu dia berada di dalam hutan.

Terdahulu, Detik melaporkan, bomoh pengganda wang, Slamet Tohari, 45, telah ditahan polis atas dakwaan membunuh ramai pelanggan sejak 2020 di Jawa Tengah.

Kegiatan terbongkar apabila Polis Banjarnegara menjalankan siasatan mengenai kehilangan salah seorang mangsa yang gagal dihubungi keluarga sejak 24 Mac lepas.

Difahamkan, jumlah angka korban mangsa pembunuhan Mbah Slamet tercatat seramai 12 orang, perkara itu disahkan selepas polis menemukan mayat mangsa akibat diracun dalam ‘kubur besar’ di sebuah ladang di Kampung Balun.

image is not available

Menurut pengikutnya, ‘Mbah Slamet’ dikatakan mampu menggandakan wang daripada 40 Juta Rupiah (RM11,822) kepada lima billion rupiah (Rm1.5 juta).

Apa-apa pun takziah kepada keluarga mangsa…

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.