Ayam Geprek Pedas Berapi, Anda Perlu Cuba Menu Menarik Ini Di Salleh Corner Kuching

31 Oct 2022 • 2:13 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Selain daripada ayam geprek, mereka ada banyak lagi menu menarik yang lain.

Ayam Geprek Pedas Berapi, Anda Perlu Cuba Menu Menarik Ini Di Salleh Corner Kuching. Jadi salah satu port makan kegemaran penduduk tempatan, Salleh Corner ini bukannya nama asing lagi dikalangan orang Kuching.

Terkenal dengan menu nasi ayam gepreknya yang pedas berapi, anda pasti akan kepedasan jika anda maencuba menu ini. Jika anda minat makanan pedas, Salleh Corner merupakan antara port makan yang terbaik di sekitar Kuching. Masakannya bukan sekadar pedas tetapi rasanya juga dijamin enak.

image is not available
Ayam Geprek Pedas Berapi, Anda Perlu Cuba Menu Menarik Ini Di Salleh Corner Kuching. Kredit foto: I Love Borneo

image is not available
Kredit foto: I Love Borneo

Nasi geprek ikan pun ada

Kalau anda tidak gemar ayam, anda boleh menukarkan menu ayam geprek anda dengan pilihan ikan, ikan keli atau Talapia.

Selain daripada menu nasi ayam geprek yang pedas berapi ini, ada satu lagi menu pedas berapi di sini iaitu nasi goreng racun mereka. Nasi goreng racun ini mempunyai tiga tahap pedas yang anda boleh pilih iaitu tahap satu, dua dan tiga di mana tahap ketiga adalah paling pedas sekali.

image is not available
Kredit foto: FB Salleh Corner

Menu menarik lain yang disediakan

Menu lain seperti Tomyam, Shellout, aneka hidangan ayam, ikan, ketam, udang, sotong, daging dan sayuran, sesuai dimakan bersama seisi keluarga juga ada di sini. Memang lengkaplah makanan yang ada di Salleh Corner ini!

Jadi tunggu apa lagi, buat penggemar makanan pedas berapi di luar sana, anda perlu cuba makanan di Salleh Corner yang terletak di Jalan Astana, Petra Jaya Kuching ini. Selamat menjamu selera!

Lagi port makan menarik di Kuching yang anda perlu cuba: