Kapitan Restoran Di Kuching Ini Menyajikan Menu Masakan Nyonya Enak Buat Anda

28 Oct 2022 • 9:44 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jom cuba port makan baru yang enak di Kuching.

Kapitan Restoran Di Kuching Ini Menyajikan Menu Masakan Nyonya Enak Buat Anda. Jika anda ingin menikmati makanan unik dan lain daripada yang lain di Kuching, anda perlu cuba menu lazat di Restoran Kapitan Nyonya Cuisine di The Emporium Complex, Jalan Tun Jugah ini.

Menyediakan sajian Nyonya daripada resepi asli keturunan peranakan imigran dari Cina, Restoran Kapitan ingin memperkenalkan budaya unik mereka kepada warga Kuching melalui makanan yand mereka sediakan.

image is not available
Kapitan Restoran Di Kuching Ini Menyajikan Menu Masakan Nyonya Enak Buat Anda. Kredit foto: FB Kapitan

Pelbagai menu menarik menanti anda

Antara menu menarik yang anda boleh cuba di sini adalah Kuih Pai Tee, Buah Keluak Chicken, Salted Vegetable Duck Soup, Otak Otak, Fish Maw Soup with Prawn Balls dan banyak lagi menu menarik lain menanti anda.

Dengan suasana dalam restoran yang tenang dan indah anda boleh menikmati makanan anda dengan lebih selesa di sini.

image is not available
Kredit foto: FB Kapitan

Waktu beroperasi Kapitan Restoran

Beroperasi setiap hari dari jam 8 pagi hingga 10 malam, anda boleh bawa keluarga, rakan mahupun rakan sekerja anda ke sini kerana mereka pasti akan menyukai pilihan anda.

Kalau anda ingin menikmati makanan enak dan unik di Kuching, anda boleh singgah ke Kapitan Restoran Nyonya Cuisine ini. Selamat mencuba!

Lagi port makan best di Kuching buat anda di sini: