Ayam Gepuk Di Kuching, Nikmati Menu Lazat Ini Di Char Kway Teow Tapak Kuning Satok

10 Dec 2023 • 3:18 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Gabungan sambal gepuk kacang gajus dengan kobis goreng mereka memang padu

Ayam Gepuk Di Kuching, Nikmati Menu Lazat Ini Di Char Kway Teow Tapak Kuning Satok. Menu sensasi di seluruh Semenanjung Malaysia kini sudah boleh didapati di Kuching Sarawak di mana anda boleh menikmati Nasi Ayam Gepuk authentic di kedai makan Char Kway Teow Tapak Kuning, Satok.

Buat penggemar makanan pedas di luar sana, ini adalah menu yang paling cun untuk anda kerana ia merupakan hidangan lengkap dan enak yang sesuai dijadikan menu makan tengah hari serta malam.

image is not available
Ayam Gepuk Di Kuching, Nikmati Menu Lazat Ini Di Char Kway Teow Tapak Kuning Satok. Kredit gambar: FB Ina Herawina

Sambal gepuk authentic

Apa yang istimewanya Nasi Ayam Gepuk di sini ialah mereka menggunakan resepi asli ayam gepuk di mana sambal yang digunakan dicampur dengan kacang gajus dan rasanya pula amat pedas dan ngesit!

Nasi Ayam Gepuk ini dihidangkan bersama ayam goreng lazat, sambal gepuk, kobis goreng, nasi putih panas, hirisan timun dan juga sedikit kicap manis di atas nasi.

image is not available
Kredit gambar: FB Char Kuetiau Tapak Kuning

Ada banyak lagi menu lain di sini

Selain daripada menu lazat ini, di sini juga ada menyediakan pelbagai menu menarik yang lain terutamanya menu istimewa mereka iaitu Char Kuey Teow.

Tunggu apa lagi, buat anda yang ingin menikmati Nasi Ayam Gepuk yang authentic di Kuching, anda boleh singgah di Char Kway Teow Tapak Kuning Satok.

Maklumat penting

Lokasi: Char Kway Teow Tapak Kuning kini beroperasi di Lot 14A, Ground Floor, Kompleks MARA Satok Parade, Jalan Satok, Kuching.

Waktu operasi: Isnin-Jumaat 11 pagi hingga 9.30 malam

Nombor telefon: 013-507 4532

Lagi port makan menarik untuk anda di sini:

https://www.iloveborneo.my/stall-43-kubah-ria-hidang-nasi-goreng-cornbeef/

https://www.iloveborneo.my/senarai-gerai-ayam-panggang-di-kuching/