Ayam gepuk punca pelajar keracunan makanan

LocalFood
27 Nov 2026 • 6:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ayam gepuk punca pelajar keracunan makanan
Seramai 11 pelajar mengalami ketidakselesaan selepas makan ayam gepuk di kantin sekolah. Gambar hiasan janaan AI

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Menu Ayam Gepuk yang tidak melalui proses mencairbekukan dengan sempurna dikenal pasti sebagai punca menyebabkan sebilangan pelajar di sebuah sekolah di daerah Kuala Langat keracunan makanan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bagaimanapun tindakan pantas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid telah membolehkan rawatan serta ubat-ubatan disampaikan kepada 11 pelajar.

"Susulan daripada itu, kantin di sekolah tersebut telah ditutup buat sementara waktu untuk membolehkan siasatan terperinci dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

"Sehingga kini, insiden tersebut merupakan terpencil dan hanya melibatkan sekolah berkenaan tanpa memberi kesan kepada mana-mana sekolah lain," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. 

Amirudin berkata, pihaknya akan menjalankan pemeriksaan secara rawak di kantin sekolah di negeri ini dengan kerjasama JKNS untuk memastikan proses penyediaan makanan menepati prosedur operasi standard bagi keselamatan serta kesihatan pelajar.- Bernama 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved