Selangor periksa kantin sekolah secara rawak, pastikan penyediaan makanan patuh SOP

LocalHealth & Fitness
27 Nov 2026 • 6:46 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Selangor periksa kantin sekolah secara rawak, pastikan penyediaan makanan patuh SOP

SHAH ALAM, 27 NOV: Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) akan melaksanakan pemeriksaan secara rawak di kantin sekolah susulan insiden penyediaan makanan yang menyebabkan beberapa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jenjarom mengalami rasa tidak selesa, semalam.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata langkah itu bagi memastikan proses penyediaan makanan di sekolah mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) demi keselamatan dan kesihatan pelajar.

"Siasatan awal mendapati bahawa menu ayam gepuk yang disediakan oleh pengendali kantin sekolah tidak dinyahbeku sewajarnya dan menyebabkan insiden itu," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas kejadian itu, Amirudin berkata, seramai 11 pelajar menerima rawatan di Klinik Kesihatan Jenjarom selepas mengalami rasa tidak selesa susulan menikmati makan tengah hari di kantin sekolah berkenaan.

Katanya, tindakan pantas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid membolehkan pelajar terbabit mendapatkan rawatan dengan segera.

Susulan kejadian itu, operasi kantin sekolah berkenaan ditutup sementara bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan JKNS.

"Sehingga kini, insiden tersebut merupakan terpencil dan hanya melibatkan SMK Jenjarom tanpa memberi kesan kepada mana-mana sekolah lain," menurut kenyataan itu lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved