Ayam Sikit & Sos Tak Kelihatan, Wanita Kesal Beli Shawarma RM10 Di Bazar Ramadan P. Pinang – “Harga Mengarut, Masak Tak Sedap”

LocalFood
3 Mar 2025 • 2:54 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Boleh dikatakan setiap kali bulan Ramadan tiba, pasti ada saja cerita ataupun kisah luahan hati para pembeli yang kurang berpuas hati dengan pembelian mereka di bazar Ramadan.

RM10 untuk shawarma ‘ala kadar’

Melalui platform TikTok, seorang wanita rasa kecewa dengan pembeliannya di bazar Ramadan dan dapat dilihat dalam video yang dimuat naik, dia memperlihatkan juadah shawarma yang dibeli di bazar Ramadan di Pulau Pinang.

Membeli dengan harga RM10, wanita itu sangat kecewa kerana kuantiti kandungan ayam di dalam roti tersebut, malah sayur pula diletak ala kadar dan sos juga tidak kelihatan.

Kata wanita itu, dia membeli juadah tersebut kerana diperlihatkan dengan contoh shawarma yang berkualiti tetapi apabila mahu memakan, ia sama sekali jauh berbeza.

image is not available

image is not available

Netizen kecam, kongsi pengalaman sama

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen mengecam peniaga itu serta turut berkongsikan pengalaman mereka alami perkara yang sama apabila membeli juadah di bazar.

image is not available

image is not available

image is not available

Kebanyakan netizen berpendapat isu ini selalu berlaku kerana terdapat beberapa peniaga yang hanya mahu mengambil keuntungan atau sekadar ‘bidan terjun’ sebagai penjaja di bazar Ramadan.

image is not available 1 week ago

Serik Kena Tipu Dengan Peniaga, Netizen Gesa Jason Reviu Makanan Di Bazar Ramadan - "30 Hari 30 Bazar"