Warga Emas Meninggal Dunia Di Bazar Ramadan

3 Mar 2025 • 1:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang lelaki warga emas rebah dan meninggal dunia pada hari pertama Ramadan di Bazar Ramadan Taman Seri Harapan, Baling, Kedah pada Ahad.

 

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Azmi Mokhtar berkata, mangsa, Zainon Said, 75, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sekitar 4.30 petang.

 

"Hasil temu bual dengan anak warga emas itu mendapati bapanya mempunyai sejarah penyakit kronik, iaitu kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi, dan pernah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Parit Panjang, Kupang.

 

“Warga emas itu juga pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar kerana mengalami pendarahan usus yang serius dan pernah ditahan di wad," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, pada Isnin.

 

Azmi berkata, siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

 

Katanya, jenazah kemudian dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Banggol Asam, Pulai, untuk urusan pengebumian.

 

Sumber - AWANI

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved