Ayda Jebat tolong Hun Haqeem cari jodoh -“Tak tinggal solat, pandai kopekkan udang”

LocalEntertainment
3 Jun 2025 • 4:08 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat mencuit perhatian ramai apabila secara berseloroh ‘mengiklankan’ pelakon kacak, Hun Haqeem sebagai calon suami idaman menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.

image is not available

Siapa berminat dengan Hun Haqqem boleh DM dia

Menerusi hantaran tersebut, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 33, memuji keperibadian Hun yang disifatkan bukan sahaja menjaga solat walaupun sibuk di set penggambaran, malah memiliki sifat kelakar dan rajin.

“Siapa berminat, boleh terus mesej langsung (DM) Hun Haqeem.
“Baik, solat tak tinggal,” ujarnya.

image is not available

Hun Haqeem pandai kopekkan udang tau

Dalam pada itu, dia juga menyatakan bahawa aktor kacak tersebut sebagai seorang yang kelakar dan pandai mengopekkan udang serta ikan.

Dia juga menyatakan bahawa pelakon terbabit masih lagi ‘single’ sambil menyertakan sekali gambar sewaktu Hun sedang menunaikan solat.

Kadang-kadang kelakar, pandai kopekkan udang dan ikan.
“Single katanya,” tulis Ayda lagi.

image is not available

Sembahyang tu satu kewajiban

Perkongsian tersebut telah mendapat respon daripada peminat di media sosial apabila ada yang memuat naiknya di TikTok.

Ada yang menyatakan apa yang dilakukan oleh Hun adalah satu kewajiban dan ada juga yang mengakui bahawa selebriti terbabit sememangnya jejaka idaman para wanita.

image is not available

Memang idaman wanita & mentua la

image is not available

Difahamkan, Hun Haqeem dan Ayda Jebat sedang berlakon dalam satu projek drama bersama.

Sumber: Instagram aydajebat, TikTok TuTor Ghoib