Tak Buat Kerja Rumah Sepanjang 4 Tahun Tinggal Dengan Mentua, Ayda Jebat ‘Nervous’ Nak Pindah Rumah Sendiri

LocalFamily & Parenting
3 Jun 2025 • 4:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selepas empat tahun tinggal bersama keluarga mentua, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat berkata dia dan suami kini sibuk dengan proses pindah ke rumah baru.

Katanya, dia berpindah memandangkan kediaman yang dibeli mereka akhirnya sudah siap diubah suai.

Beli rumah dah lama tapi baru saja siap ubah suai, interior designer semua baru je siap. Jadi inilah waktu yang kita dah bersedia untuk pindah.

image is not available

Dalam pada itu, penyanyi berusia 33 tahun tersebut juga akui tidak melakukan kerja rumah sepanjang tinggal bersama mentuanya termasuklah memasak.

Saya tak dapat nak jangkakan apa akan berlaku (selepas berpindah). Sebab sebelum ini saya duduk dengan keluarga Nabil, memang bukanlah goyang kaki tapi macam tak boleh buat apa.

image is not available

Makan pun orang masakkan. Dia (mentua) ada tukang masak. Anak pun ada orang jaga kat rumah, jadi saya boleh pergi kerja. Yang ini pula tiba-tiba kita kena duduk sendiri.

Tambah Aida, meskipun ada pembantu rumah namun dia masih mahu mengambil tahu tentang apa yang mahu dimasak atau siapa yang akan membeli barang-barang.

Bukan dalam dilema tapi macam ‘boleh ke aku buat?’ Sebab pertama kali kan…dulu bujang bolehlah. Macam dengan anak, dia nak makan apa nanti. Kalau tak ada barang, siapa nak pergi beli.

@nona.my Bahagia cara sendiri, Ayda Jebat akui dirinya masih lagi belum mahir untuk menawan ‘perut’ suami, apatah lagi setelah sekian lama tinggal dengan keluarga mentua. Namun, dia optimis apatah lagi bakal pindah ke kediaman sendiri tidak lama lagi. #majalahnona #aydajebat #foryou #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #fypシ゚ ♬ Romantic Love Song – Xuckanon

image is not available 1 week ago

"Boleh Saja Makan Apa-Apa Selagi Tak Gatal, Jangan Makan Pati Ikan Haruan Saja" - Ayda Jebat