“Ayden Janji Tak Akan Buat Mommy Sedih” – Bella Astillah Mengalir Air Mata Dengar Ucapan Hari Ibu Daripada Anak

Entertainment
10 May 2024 • 1:39 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi dan juga pelakon, Bella Astillah dirakam sebak dan menangis hiba ketika anak lelakinya, Ayden Adrian memberikan ucapan sempena hari ibu buat dirinya.

Dalam hantarn video yang dimuat naik di IG Era.Je itu, Bella bersama ibunya dilihat menangis sebak selepas Ayden memberikan ucapan.

Ayden nak cakap dengan mommy, Ayden janji tak akan buat mommy sedih. Nanti bila Ayden sudah besar, saya akan jaga mommy dan adik, mommy jangan kerja sampai penat tau nanti sakit.

Mommy lagu ni untuk mommy, ibu engkaulah ratu hatiku. Mommys is the best in the world. Selamat hari ibu mommy. I love you so much.

Usai sahaja ucapan itu, Bella berkata itu adalah hadiah teristimewa buat dirinya sambil tersenyum.

Terima kasih, itu hadiah yang paling terbaik. Ayden dan Ara adalah hadiah bermakna untuk saya.

Sekadar info, Bella dan Aliff Aziz mendirikan rumah tangga pada tahun 2016. Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan dua orang anak iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

Ruhainies Mohon Ampun Maaf, Ini Respon Bella Astillah - "Alhamdulillah, Saya Minta Maaf Sebab.."