“Bila Ayden sudah besar, Ayden akan jaga mummy & adik” -Anak Bella Astillah

EntertainmentFamily & Parenting
10 May 2024 • 4:04 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

“Ayden janji dekat mummy, Ayden tak akan buat mummy sedih. Nanti bila Ayden sudah besar, Ayden akan jaga mummy dan adik”

Ucapan cukup tulus anak sulung kepada Bella Astillah,Mohamad Ayden Adrean, 7 sewaktu memberikan ucapan bersempena dengan Hari Ibu kepada Bella Astillah di konti radio.

Tulusnya ucapan Ayden -“Ayden akan jaga mummy & adik”

Menerusi perkongsian video di Instagram era.je, Bella Astillah bersama ibunya, Eina Astillah turut sebak mendengar janji yang dibuat kanak-kanak petah tersebut kepada ratu hatinya.

Ayden akan jaga mummy, tak nak Bella kerja penat2

Ayden turut menitipkan pesan meminta ibunya tidak bekerja terlalu penat kerana bimbang selebriti itu jatuh sakit. Dia juga menyatakan yang dirinya amat menyayangi Bella serta memberi ucapan Selamat Hari Ibu,

Mummy jangan kerja sampai penat tau nanti mummy sakit. Mummy adalah ibu terbaik dalam dunia, Selamat Hari Ibu. Saya sayang mummy!” kata Ayden.

Dalam pada itu, kanak-kanak tersebut juga sempat menyanyikan serangkap lirik lagu Ibu Ratu Hatiku dihujung ucapan sekali gus menambah deras air mata Bella serta ibunya yang setia menemani di konti radio berkenaan.

image is not available

“Ayden akan jaga mummy” -Janji yang buat kita sama2 sebak

Bella yang membalas ucapan istimewa tersebut dengan nada sebak mengatakan yang dirinya sangat menyayangi kedua-dua cahaya mata tercinta serta merasakan mereka adalah anugerah yang tidak ternilai diberikan kepadannya oleh Allah S.W.T.

Perkongsian tersebut telah mencuri perhatian ramai dengan rata-rata merasakan hal sama aapbila terharu mendengar ucapan cukup matang daripada Ayden.

image is not available

Anak yang bijak

image is not available

Kenapa kita pun nangis sama ni

image is not available

 

Semoga yang terbaik buat kalian

image is not available

 

Sekadar info, selain daripada Ayden Adrean, Bella Astillah juga mempunyai seorang cahaya mata perempuan yang bernama Ara Adreanna, 3.

Kedua-dua mereka adalah hasil perkahwinan selama 9 tahun bersama aktor kelahiran Singapura, Aliff Aziz sejak tahun 2016.

Walau bagaimanapun, rumah tangga mereka seakan sedang bergolak ketika ini dan dalam proses untuk berpisah susulan pelbagai kontroversi melibatkan Aliff bertebaran di media sosial.

Sumber: Instagram era.je