
KUALA LUMPUR: Seorang bekas anggota polis adalah antara lapan suspek yang sedang diburu kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah terbesar di Sabah.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay (gambar) berkata mereka terdiri daripada tiga rakyat tempatan, empat warga Filipina dan seorang wanita warga Indonesia, berumur dalam lingkungan 30-an hingga 40-an.
Beliau berkata mereka terdiri daripada bekas anggota polis yang bersara awal dikenali sebagai Haibil Kiraman, Sahairul Sabudin (dikenali sebagai Bantayan), Absar Musa (Absar), Hasan Syamsuddin (Nas Botak), Joel Edwin (Dedek), Muhammad Sing Harun Musa (Thambi), Rohani Mhd Yunus (Karisa) dan Manan Ungok (Mike).
“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai mereka diminta berhubung dengan pegawai polis iaitu ASP Mohammad Izzat Hassan dengan menelefon 019-6667535,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam persidangan media khas di Bukit Aman di sini, hari ini. -Bernama
