Sindiket Dadah Terbesar Di Sabah, Lagi 8 Individu Termasuk Bekas Polis Kini Dikehendaki

23 Jan 2024 • 5:21 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pegawai berusia 48 tahun itu telah bersara awal dan didapati terlibat dengan sindiket dadah sejak dulu

Sindiket Dadah Terbesar Di Sabah, Lagi 8 Individu Termasuk Bekas Polis Kini Dikehendaki. Polis Persekutuan sedang mencari lapan individu lagi termasuk seorang bekas pegawai polis yang bersara pada tahun 2021 yang dipercayai terlibat dengan sindiket dadah terbesar di Sabah.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dalam sidang media petang ini berkata pegawai berusia 48 tahun itu telah bersara awal dan didapati terlibat dengan sindiket dadah sejak dulu.

image is not available
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay

Sebelumnya 11 individu telah dihadapkan depan mahkamah dan mengaku tidak bersalah

“Antara individu yang ditahan dan didakwa semalam, seorang daripada mereka ialah seorang inspektor, bekas pegawai Jabatan Siasatan Jenayah manakala seorang lagi juga pegawai.

“Kami telah membekukan aset sindiket ini yang termasuk 10 buah kenderaan bernilai RM950,000, 11 lot tanah dan membekukan akaun bank sindiket bernilai RM2.8 juta. Kami juga merampas 20 buah kenderaan bernilai RM6.7 juta, wang tunai RM35,000, dan barang kemas bernilai RM100,000.

“Jumlahnya, kami membekukan aset bernilai RM9.72 juta yang dimiliki oleh sindiket ini,” kata Ayob.

Semalam seorang Datuk dan 10 orang lain yang didakwa berkaitan dengan sindiket dadah besar yang beroperasi di Sabah telah mengaku tidak bersalah atas tuduhan terlibat dengan pertubuhan jenayah di Mahkamah Sesyen.

Ayob berkata tiga daripada mereka telah dihantar ke pusat kesihatan mental dan mereka akan didakwa selepas sebulan. Sembilan orang lain didakwa di bawah seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan.

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

https://www.iloveborneo.my/sindiket-dadah-terbesar-sabah-berjaya-tumpas/

https://www.iloveborneo.my/didakwa-berkait-kartel-dadah-pegawai-agensi-penguatkuasa-sabah-ditahan/