Ayob Khan: Kempen PRK Pulai, Simpang Jeram berjalan lancar tanpa insiden buruk

9 Sep 2023 • 1:58 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

JOHOR BAHRU, 9 SEPT: Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram selama 14 hari berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau berkata penugasan sepanjang tempoh berkempen dan hari pengundian hanya melibatkan Polis Kontinjen Johor dengan kekuatan seramai 3,490 pegawai dan anggota.

“Ini bukan kali pertama Kontinjen Johor berdepan pilihan raya. Dengan perancangan teliti dibuat, kekuatan 3,490 pegawai dan anggota mencukupi mengikut keperluan yang ada.

“Tinjauan proses pengundian setakat pagi ini juga lancar, walaupun hujan tadi. Kita berharap agar kelancaran ini berterusan sehingga ke akhir proses pengundian,” katanya selepas meninjau proses mengundi bagi Parlimen Pulai di pusat pengundian Maktab Sultan Abu Bakar, di sini hari ini.

Seramai 205,810 pemilih di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram layak mengundi bagi memilih wakil rakyat baharu susulan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.

Bagi proses pengundian di Parlimen Pulai, sebanyak 47 pusat pengundian melibat 294 saluran dibuka, manakala di Simpang Jeram melibatkan 14 pusat mengundi dengan 68 saluran disediakan.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved