Ayob Khan Tegas, Rasuah Boleh Dihapus Kalau Pemimpin Berani Bertindak

LocalPolitics
26 Aug 2026 • 12:17 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Bercakap soal rasuah memang mudah, tetapi bagi bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, perubahan sebenar hanya akan berlaku apabila mereka yang mempunyai kuasa sanggup bertindak.

Katanya, semuanya perlu bermula daripada kepimpinan tertinggi. Kalau pemimpin sendiri gagal menunjukkan contoh yang baik, masalah sama boleh merebak hingga ke peringkat bawahan.

Keberanian lebih penting daripada kenyataan

Image from: Ayob Khan Tegas, Rasuah Boleh Dihapus Kalau Pemimpin Berani Bertindak

Ayob Khan menegaskan usaha memerangi rasuah tidak sepatutnya terhenti pada kenyataan atau janji semata-mata. Individu yang menyalahgunakan kuasa perlu dikenakan tindakan tanpa melihat pangkat atau kedudukan.

Kalau yang di atas tidak betul, yang di bawah juga akan bermasalah.- Katanya.

Malah, beliau sendiri pernah mengambil tindakan terhadap pegawai kanan yang dikaitkan dengan rasuah serta isu kontrak.

Saya pernah mengambil tindakan terhadap ketua jabatan yang terbabit dalam rasuah dan isu kontrak. Kalau mahu buat, kita boleh buat. Kita cuma perlu berani.- Jelasnya.

Ayob Khan yakin perubahan boleh dilakukan

Image from: Ayob Khan Tegas, Rasuah Boleh Dihapus Kalau Pemimpin Berani Bertindak

Menurut Ayob Khan, iltizam politik menjadi antara perkara paling penting kerana mereka yang mempunyai kuasa sebenarnya turut mempunyai kemampuan untuk melakukan pembaharuan terhadap institusi.

Tiada yang mustahil. Kita boleh buat perubahan. Saya suka prinsip Sultan Muhammad Al-Fatih ketika menakluk Constantinople, yang kini dikenali sebagai Istanbul: jangan kata sesuatu itu mustahil sebelum mencuba.- Ujarnya.

Baginya, perubahan bukan sesuatu yang mustahil sekiranya keberanian untuk mencuba dan bertindak itu benar-benar ada.

Team MAS Perlukan Sokongan Kita Semua!

The post Ayob Khan Tegas, Rasuah Boleh Dihapus Kalau Pemimpin Berani Bertindak appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved