Ayu bertemu aktif: Garmin Lily 2 Active kini ada di Malaysia

TechnologyHealth & Fitness
17 Oct 2024 • 4:36 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Garmin Lily 2 Active adalah jam tangan yang menggabungkan fesyen dengan gajet kecergasan untuk si pemakai beroleh aksesori tangan dua dalam satu. Dengannya, pemakai boleh bergaya dalam situasi kasual dan dalam masa yang sama merekodkan aktiviti kesihatan dalam seharian. Model terbaharu ini adalah sekuel kepada Garmin Lily 2 dan ada satu pembaharuan besar dibawakannya.

image is not available

Ciri baru Garmin Lily 2 Active berbanding Lily 2

Garmin Lily 2 Active akhirnya membawa masuk komponen GPS ke dalamnya. Jadi, maklumat koordinat boleh dihimpunkan terus ke dalam jam tangan. Sebelum ini, Garmin Lily 2 yang asal memerlukan sambungan ke telefon untuknya mengumpul maklumat lokasi.

image is not available

Dengan adanya sensor baharu, Garmin turut perluaskan profil penjejakan sukan. Sebanyak 15 sukan baharu dimasukkan daripada tenis, berbasikal, hinggalah sukan renang. Selain profil sukan baharu, pengguna juga akan temui ciri baru seperti penjejakan heart rate variability (HRV), pengesanan tidur, dan Health Snapshot. Jam malah boleh memantau degupan jantung sepanjang masa disamping menjejak kesihatan berkaitan wanita.

image is not available

Selain merekod data menggunakan sensor terbina dalam badan, ia juga boleh dihubungkan dengan sensor luaran seperti gajet pemantau degupan jantung ataupun pod kaki untuk pengesanan yang lebih jitu.

Pengguna juga akan dapati hayat bateri Lily 2 Active lebih panjang. Ia diiklankan ada waktu guna sehingga 9 hari berbanding 5 hari pada generasi sebelum ini.

image is not available

Bagi memudahkan pengguna, dua butang fizikal baharu ditambah. Jadi, tiada masalah untuknya digunakan sewaktu jari basah.

Harga Garmin Lily 2 Active di Malaysia

Garmin Lily 2 Active sudah boleh didapatkan di Malaysia. Harga jualannya di dalam pasaran kita adalah Rm1,550. Anda boleh layari laman rasmi Garmin Lily 2 Active Malaysia untuk maklumat lanjut.

image is not available

Garmin Lily 2 Active gabungkan gaya dan kecergasan dalam satu pakej. Kini ada GPS, bateri lebih tahan lama, dan banyak ciri baru lain.

Garmin di Lazada

Garmin di Shopee