Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menganjurkan gabungan dua acara mega kepenggunaan dan keusahawanan tempatan iaitu Festival Pengguna (CONFEST) 2026 serta Festival Jom Malaysia 2026 bertempat di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.
Gabungan dua acara hebat ini memberi penekanan kepada dua aspek iaitu memperkasa usahawan dan pengguna menerusi pengalaman yang lebih dekat serta interaktif.
Acara selama empat hari ini bakal menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik, jualan barangan tempatan, sukan rekreasi, pertandingan belia, serta kaunter khidmat pengguna secara percuma.
Apa yang boleh anda jangkakan melalui kedua-dua acara? Jom kami kongsikan satu-persatu.

Apakah Festival Pengguna (CONFEST) 2026?
Festival Pengguna (CONFEST) 2026 akan berlangsung di Pekarangan Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan pada 17 hingga 20 September 2026.
CONFEST 2026 anjuran KPDN merupakan program pelengkap sambutan Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) yang disambut pada 15 Mac setiap tahun sempena World Consumer Rights Day. Festival ini menjadi medan utama untuk mendidik, mempromosikan kesedaran hak-hak pengguna, dan mendekatkan masyarakat dengan isu kepenggunaan semasa.

CONFEST turut menghimpunkan ejen advokasi KPDN seperti Kelab Pengguna Sekolah (KPS), Gerakan Pengguna Siswa (GPS), Gerakan Pengguna Daerah (GPD) & Gerakan Pengguna Negeri (GPN), Skuad Kita Pengguna (SKIP) serta Agensi Kerajaan dan Bahagian-Bahagian KPDN.
Acara kemuncak dalam CONFEST 2026 kali ini ialah Larian Kita Pengguna @ JOMMY Penang 2026, membabitkan kategori 3KM Fun Walk dan 5KM Fun Run dan terbuka kepada semua peringkat umur. Peserta juga berpeluang menyertai senamrobik, Zumba, aktiviti pentas, dan cabutan bertuah.

Majlis Perasmian Penutup bakal disempurnakan oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali (Menteri KPDN) pada 19 September 2026 (2.00 Petang) bakal menyaksikan penyampaian hadiah pertandingan serta pengiktirafan Anugerah Penggerak Kepenggunaan tahun 2025 bagi 4 kategori berikut ; Gerakan Pengguna Negeri (GPN), Gerakan Pengguna Daerah (GPD), Gerakan Pengguna Siswa (GPS) dan Gerakan Pengguna Sekolah (KPS).

Pengisian Utama, Aktiviti Menarik & Pertandingan Sepanjang CONFEST 2026
Setiap tahun, KPDN menganjurkan tiga pertandingan kepenggunaan peringkat kebangsaan di mana pusingan akhir (Peringkat Kebangsaan) bakal berlangsung di CONFEST 2026.
Anda boleh menyaksikan kesemua pertandingan ini sebagai salah satu pengisian menarik dalam CONFEST 2026, antaranya:
- Pertandingan Bicara Berirama Kepenggunaan (Sekolah Rendah)
- Pertandingan Sketsa Kepenggunaan (Sekolah Menengah)
- Pertandingan Battle of The Band Kepenggunaan (IPT / Belia)
Selain itu, pihak KPDN Pulau Pinang turut menyediakan pertandingan khas bagi warga tempatan seperti Boria Kepenggunaan Pulau Pinang, Pertandingan Mewarna, dan Pertandingan Melukis Doodle.



Di samping itu, orang ramai juga boleh mengunjungi pelbagai kaunter perkhidmatan yang tersedia dan mengikuti aktiviti seperti berikut :
- Kaunter EzAdu: Kemudahan aduan kepenggunaan secara terus.
- Pameran Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM): Khidmat nasihat tuntutan hak pengguna
- Promosi Dasar Pengguna Negara 2.0 (DPN 2.0).
- Pameran Agensi: Pameran aset, kraf, dan perkhidmatan daripada Kementerian Belia dan Sukan, Kraftangan Malaysia, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang, dan lain-lain.
- Aktiviti Interaktif: Mewarna batik, permainan tradisional, lori bergerak produk tempatan, serta kuiz kepenggunaan.
Untuk memudahkan pengunjung merancang perjalanan ke CONFEST 2026, berikut disediakan jadual aktiviti yang lengkap untuk rujukan anda sepanjang 4 hari tersebut.

Festival Jom Malaysia 2026 @ Penang Pun Ada!
Berlangsung serentak dengan CONFEST 2026, Festival Jom Malaysia 2026 turut diadakan di Pekarangan Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan pada 17 hingga 20 September 2026 nanti.
Festival Jom Malaysia 2026 merupakan penjenamaan baharu kempen Jom Beli Produk Malaysia sebagai Gerakan Nasional yang lebih moden dan inklusif. Di sini orang ramai boleh dapatkan pelbagai produk tempatan, menonton persembahan, aktiviti, pertandingan dan berpeluang memenangi macam-macam hadiah menarik.

Menerusi Jualan RAHMAH MADANI, pengunjung boleh mendapatkan lebih 300 jenis barangan keperluan harian termasuk beras, minyak masak, telur, barangan dapur, makanan basah dan produk penjagaan diri pada harga lebih rendah berbanding pasaran setempat.
Paling menarik adalah sesi “Happy Hour” yang menawarkan diskaun luar biasa pada barangan tertentu yang pastinya dinanti semua pengunjung. Nak lagi meriah? Pengunjung juga berpeluang menyaksikan persembahan artis-artis ternama seperti Dolla, Floor 88, Tomok dan ramai lagi.

Selain membeli-belah, festival itu menawarkan pengisian untuk semua peringkat umur membabitkan sukan, rekreasi, seni, makanan, pertandingan dan hiburan sepanjang empat hari penganjuran, antaranya :
- Aktiviti & Cabaran Golongan Muda (Belia): Sukan & Riadah: Explorace, Pickleball, e-Sukan, Aerodance, Pertandingan Angkat Beras, dan Rangoli.
- Pentas & Seni: Battle of the Buskers, JOM Mic On!, Muzikal Berkumpulan, Nasyid,
- Pertandingan TikTok, Fotografi, dan Videografi.
- Kulinari & Kemahiran: Cabaran Burger Malaysia, Char Kuey Teow, Masterchef, Dekorasi Kek, dan Teh Tarik.
- Aktiviti keluarga & kanak-kanak: Splash Painting, Clay Art, Resin-Art dan Messy & Sensory Arts Kids.
- Acara Persembahan: Konsert Legenda Jom Malaysia, Konsert Jom Malaysia dan Konsert Jom Malaysia Indie Vibes

Menarik kan? Jom tengok senarai aktiviti & tentatif penuh bagi program Jom Malaysia @ Penang yang berlangsung untuk 4 hari tersebut :



Jom Ajak Keluarga & Rakan-rakan, Murid Sekolah Boleh Dapatkan PAJSK!
Wah, banyak betul pengisian untuk program kali ini kan? Jadi, jangan lupa ‘block date’ 17-19 September 2026 ni dalam kalendar anda.
Khas bagi ibu bapa, guru-guru, dan pelajar sekolah, penganjuran CONFEST 2026 kali ini juga membawakan berita baik yang sentiasa ditunggu-tunggu! KPDN menyediakan pengiktirafan kokurikulum rasmi melalui kehadiran ke festival ini.
Cara Dapatkan Markah PAJSK:
- Hadir Ke Festival: Murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah boleh hadir ke tapak CONFEST 2026 di Stadium Batu Kawan.
- Daftar Kehadiran: Kunjungi kaunter khas pendaftaran kehadiran PAJSK yang disediakan di tapak acara.
- Mata Kokurikulum: Kehadiran pelajar akan direkodkan bagi membolehkan mereka menerima markah pengiktirafan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) peringkat Kebangsaan/Negeri
Tak rugi datang bawa anak-anak berkunjung ke CONFEST 2026… Bukan saja dapat markah PAJSK, malah mereka dapat menimba ilmu kepenggunaan melalui pelbagai pameran interaktif dan pertandingan. Ayuh, jumpa di sana nanti!
Ringkasan Program & Info Penting Acara
- Nama Program: Festival Pengguna (CONFEST) 2026 & Festival Jom Malaysia 2026
- Tarikh: 17 – 20 September 2026 (Khamis – Ahad),
- Lokasi: Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang
- Masa: Pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam (Masuk adalah PERCUMA)
- Majlis Penutup: 19 September 2026 (2.00 Petang) oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali (Menteri KPDN)
- Slogan / Tema: “Kita Pengguna: Suara Kita, Kuasa Kita” & “Pilihan Kita, Malaysia Kita”

Soalan Lazim (FAQ)
Adakah kemasukan ke Festival CONFEST & Jom Malaysia dikenakan bayaran?Tidak. Kemasukan adalah PERCUMA untuk semua orang awam.
Semua pelajar sekolah (rendah & menengah) yang hadir dan mendaftar di kaunter pendaftaran kehadiran.
Bagaimana cara mendaftar Larian Kita Pengguna 2026?Pendaftaran boleh dibuat terus secara dalam talian di pautan laman web rasmi https://www.lariankitapengguna2026.com
Bilakah program ini akan berlangsung?Program ini akan berlangsung selama 4 hari, mulai 17 – 20 September 2026 (Khamis – Ahad), mulai 10 pagi hingga malam
Jangan lepaskan peluang untuk hadir beramai-ramai ke Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang dari 17 hingga 20 September 2026!




