
SATU lagi perlawanan sukar bakal dihadapi Sabah FC dan kali ini, kita akan menentang Tereng–ganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu malam ini (Jumaat).
Selepas meraih tiga keputusan seri dalam tiga perlawanan terakhir, kita pastinya berharap kita dapat melakukan yang lebih baik dan meraih tiga mata di tempat sendiri.
Ia mungkin kelihatan seperti sesuatu yang sukar tetapi jika kita bermain mengikut kekuatan sebenar, saya percaya kita boleh mendapatkan keputusan yang diinginkan.
Apa-apa yang kurang daripada itu, kita mungkin akan berdepan kekalahan.
Tanggungjawab ada pada pemain untuk pulang membawa keputusan yang baik. Ketua jurulatih Martin Stano perlu menyediakan pasukan sebaik mungkin dari segi fizikal dan mental untuk perlawanan yang sukar ini.
