Sabah sekadar kutip satu mata

LocalFootball
1 Mar 2025 • 2:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: GL Oh

Kota Kinabalu: Sabah FC terlepas peluang meraih tiga mata menentang Selangor FC pada perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Khamis malam.

Darren Lok mempunyai dua peluang keemasan menjaringkan gol pada separuh masa kedua. Yang pertama Hadir pada minit ke-51 tetapi tandukannya tersasar ketika pintu gawang sudah terbuka luas diikuti dengan sepakan penaltinya diselamatkan oleh penjaga gol lawan pada minit ke-74.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Pasukan tangga kedua dan ketiga liga itu memulakan permainan dengan aksi berhati-hati dalam keadaan hujan. Kapten Sabah FC Dominic Tan juga terpaksa keluar awal di luar jangkaan akibat kecederaan pada minit ke-12 untuk digantikan oleh Dinesh Rajasingam.

Selain daripada kesilapan Darren, kedua-dua pihak memiliki peluang yang sama tetapi tidak dapat menterjemahkannya kepada kelebihan.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Keputusan itu memberi tamparan kepada Sabah FC apabila saingan terdekat mereka Terengganu FC yang membelasah Sri Pahang FC 5-1 pada petang yang sama semakin merapatkan jurang kepada empat mata.

Sabah FC dengan 35 mata juga ketinggalan lapan mata di belakang Selangor FC dengan baki tiga perlawanan lagi.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Di sebalik kekecewaan itu, ketua jurulatih Martin Stano memberikan penghargaan kepada pemainnya selepas perlawanan.

“Saya pasti gembira dengan satu mata jika anda bertanya kepada saya sebelum perlawanan tetapi selepas perlawanan, kami agak kecewa bukan sahaja disebabkan penalti yang tersasar.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Ia adalah salah satu perlawanan terbaik kami musim ini. Kami menguasai permainan terutama pada separuh masa kedua. Kami berhak menang tetapi kami juga gembira dengan satu mata kerana bukan mudah untuk menentang Selangor di tempat lawan terutama selepas mereka baru memenangi Piala Cabaran.

“Kami terganggu pada separuh masa pertama susulan kecederaan yang dialami Dominic Tan. Akibatnya kami kehilangan rentak tetapi berjaya pulih dan secara keseluruhan kami bermain dengan baik,” katanya.

Stano juga enggan memperbesarkan kegagalan Darren menyempurnakan sepakan penalti dan berkata penyerang itu tidak boleh dipersalahkan.

“Dia tidak pernah terlepas sepakan penalti untuk pasukan sebelum ini dan saya tidak menyalahkannya. Ia adalah sebahagian daripada bola sepak dan kami perlu terus berusaha dan fokus pada perlawanan seterusnya menentang Terengganu (7 Mac).