Azad mahu berlawan dengan Rodtang, Jojo tanya awal nak kebumi kat mana?

31 Oct 2024 • 1:41 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Azad mahu berlawan

Pelakon dan penyampai radio, Azad mahu berlawan dengan juara One Championship Rodtang Jitmuangnon telah berjaya tarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Era.je di laman Instagram, Azad atau nama sebenarnya Azad Jasmin John Louis Jeffri akan bertemu dengan Rodtang ketika Kejohanan Grand Final Kuda Merah International Muaythai Challenge 2024 edisi ke-75.

Azad mahu berlawan

Instagram will load in the frontend.

“Ni dia guys, perlawanan muaythai yang paling dinanti-nantikan pada abad ini! Rodtang Jimungnon VS Jad Jad di Kuda Merah International Muaythai Challenge yang bakal berlangsung pada 16-17 November ini.

“Kalau haritu dah kena bantai dengan Jojo, tak taulah apa nasib Jad Jad kali ni lawan dengan Rodtang Jimungnon, Korang team Rodtang atau team Jad Jad?” soalnya.

Azad mahu berlawan

image is not available

image is not available

Perkongsian itu mendapat perhatian daripada jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai Jojo yang sempat berseloroh lokasi pilihan Azad mahu dikebumikan.

image is not available

Untuk makluman, Kejohanan Grand Final Kuda Merah International Muaythai Challenge 2024 edisi ke-75 tampil dengan kelainan dengan kehadiran juara One Championship Rodtang Jitmuangnon sebagai tetamu jemputan di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur pada 16-17hb Nov ini.

Presiden Kelab Muay Thai Kuda Merah Kuala Lumpur Rosli Yaacob berkata kejohanan berprestij anjuran Kelab Muaythai Kuda Merah Kuala Lumpur bersama Tourism Malaysia, turut bakal menyaksikan seramai 26 peninju terbaik dari dalam dan luar negara akan berentap merebut gelaran King Of The Ring.

Sumber: Instagram @era.je

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved