Azalina hantar surat peletakan jawatan Penasihat Khas PM

LocalPolitics
1 Sep 2022 • 8:06 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia) bertarikh 29 Ogos lepas.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menerima peletakan jawatan itu.

“Notis sebulan diberikan bertujuan menyelesaikan kerja-kerja yang berkaitan dengan kakitangan beliau namun dalam tempoh itu, Azalina tidak lagi bertugas di Pejabat Perdana Menteri kerana diberi cuti mulai 1 Sept hingga tamat notis pada akhir September,” menurut kenyataan itu.

Perdana Menteri menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas perkhidmatan yang telah diberikan sepanjang tempoh beliau berkhidmat.

Azalina dilantik ke jawatan itu pada 2 Okt 2021. Sebelum itu pada 23 Ogos tahun sama, beliau meletak jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved