Azam Baki Akui Bukan Mudah Perangai Rasuah, Keberanian Kunci Kejayaan

LocalPolitics
15 Jul 2025 • 3:06 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki akui bukan mudah untuk memerangi rasuah sekiranya tidak mempunyai keberanian, integriti dan usaha kolektif.

Menurut laporan Harian Metro, beliau berkata penguatkuasaan yang konsisten, institusi kukuh serta individu yang berani bersuara dan memimpin melalui teladan adalah kunci kepada kejayaan dalam menangani isu tersebut.

Azam Baki akui bukan mudah

image is not available

“Perubahan yang signifikan tidak berlaku serta-merta, namun dengan komitmen, kerjasama dan nilai-nilai yang betul, ia boleh dicapai,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Makan Malam Sempena Bengkel International Anti-Corruption Academy (IACA) Regional Summer Academy (ASIA) di Kuala Lumpur semalam.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri Datuk Zamri Misman dan Penasihat IACA Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Azam Baki akui bukan mudah

image is not available

Dalam pada itu, Azam menzahirkan ucapan penghargaan kepada IACA kerana menganjurkan program tersebut yang telah berjaya memupuk perkongsian ilmu dan semangat dalam memerangi rasuah rentas sempadan.

“IACA boleh dijadikan platform untuk memperkukuhkan pemahaman dan keupayaan peserta untuk menghadapi cabaran rasuah selain mengetengahkan amalan terbaik serta strategi antirasuah melalui perkongsian pengalaman daripada pakar industri,” katanya.

Sumber: Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi)