
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada awal bulan ini, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengumumkan pegawai dan anggota SPRM yang gagal menepati polisi Indeks Jisim Badan (BMI) 27 tidak layak untuk mendapat kenaikan pangkat bermula tahun hadapan.
Jelas beliau, pihaknya memberikan tempoh selama enam bulan buat kakitangan SPRM untuk mendapat berat badan yang ideal.
“Pelaksanaan arahan ini dijalankan dalam usaha mencegah warga SPRM yang merupakan penjawat awam daripada masalah obesiti,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.
Malah, dia berpendapat penjawat awam yang mempunyai masalah berat badan boleh terdedah kepada pelbagai penyakit sekaligus menegaskan obesiti dalam perkhidmatan tidak sepatutnya berlaku.
POLISI BMI TIDAK LEBIH 27 UNTUK KENAIKAN PANGKAT MULAI 2026 Kota Bharu, 3 Julai – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah…
Posted by SPRM on Thursday 3 July 2025
Individu Dengan BMI Tinggi Tidak Semestinya Tidak Sihat
Terbaharu, pakar kesihatan dan kesejahteraan diri sebulat suara bersetuju bahawa BMI bukanlah penentu kesihatan yang tepat.
Ia tidak boleh dijadikan sebagai petunjuk terhadap tahap kesihatan secara menyeluruh.
Sebaliknya, ia perlu dinilai bersama ukuran lain seperti penanda darah, peratusan lemak badan dan penunjuk metabolik.
Menurut pakar pemakanan dan bekas Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia Dr Tee Ee Seong, dia berpendapat menjadikan BMI sebagai ukuran adalah satu tindakan drastik.
“Adalah sesuatu yang baik apabila ada usaha untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan anggota organisasi.
“Namun, menggunakan BMI sebagai penentu kelayakan kenaikan pangkat boleh dianggap terlalu drastik, memandangkan individu dengan BMI yang tinggi tidak semestinya tidak cergas untuk bekerja dalam organisasi tersebut,” katanya yang dipetik dari Malaysia Kini.
Pelaksanaan Dasar Kenaikan Pangkat Boleh Beri Kesan Negatif
Dalam pada itu, pengurus besar syarikat pengendali perkhidmatan perubatan pihak ketiga PMCare, Dr Fong Yeat Min memuji usaha SPRM dalam menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan warga SPRM.
Namun dia berpendapat, pelaksanaan dasar kenaikan pangkat berasaskan BMI boleh menimbulkan kesan negatif termasuk individu yang sihat dan berkepuyaan boleh terlepas peluang.
“Pakar kesihatan mengiktiraf bahawa BMI mempunyai peranannya, tetapi ia turut mempunyai batasan.
“Kini semakin ramai dalam komuniti perubatan bersetuju bahawa BMI bukanlah penanda kesihatan yang lengkap kerana ia tidak membezakan antara otot dan lemak, serta tidak mengambil kira pengagihan lemak dan fungsi metabolik yang semuanya sangat mempengaruhi risiko penyakit.
“Ada konteks tertentu (seperti kerjaya dalam perkhidmatan kecemasan, angkatan tentera dan peranan operasi berisiko tinggi) dengan tahap kecergasan fizikal tertentu adalah perlu dan BMI boleh menjadi petunjuk awal. Namun, dalam situasi sebegitu sekalipun, BMI sahaja tidak mencukupi,” katanya.

Cadang Penilaian BMI Perlu Dibuat Bersama Penilaian Lain
Malah, Fong menjelaskan Garis Panduan Amalan Klinikal Malaysia juga turut mengakui kelemahan BMI dan mencadangkan agar penilaian berat badan dibuat bersama penilaian lain antaranya seperti ukuran lilitan pinggang dan parameter metabolik.
“Bagi menilai kesesuaian kerjaya, lebih wajar menggunakan ujian kecergasan, penilaian kekuatan, daya tahan kardiovaskular dan saringan metabolik.
“Ini lebih menggambarkan sama ada seseorang itu mampu menjalankan tugasnya dengan selamat dan berkesan.
“Dalam erti kata lain, BMI seharusnya dijadikan permulaan kepada penilaian lanjut, bukan sebagai penentu muktamad,” jelasnya.
Jadikan BMI Sebagai Petanda Boleh Mengelirukan
Dalam pada itu, seorang jurulatih kecergasan K Kartik turut berpendapat, walaupun BMI memberi gambaran tentang kategori berat badan seseorang namun ia tidak menggambarkan jisim otot, pengagihan lemak atau tahap kecergasan sebenar yang sering mengelirukan.
“Sebagai contoh, BMI seorang ahli bina badan mungkin menunjukkan mereka sebagai berlebihan berat, sedangkan mereka memiliki lebih banyak otot daripada lemak,” katanya.
Malah, Kartik sama seperti ahli perubatan lain, dia turut menyokong bahawa strategi holistik dan tidak bersifat menghukum adalah lebih berkesan dalam menggalakkan gaya hidup sihat.
Antara langkah yang dicadang oleh Kartik yang boleh dilakukan adalah seperti;
- perkenalkan menu sihat di cafeteria
- menambah akses khidmat kaunseling pemakanan dan latihan kecergasan
- meningkatkan kemudahan senaman
- sediakan sokongan kesihatan mental dan psikososial

Individu Sepatutnya Buat Perubahan Gaya Hidup Yang Boleh Dikekalkan
Selain itu, seorang pengamal perubatan am yang juga merupakan ahli bina badan, Dr T Darshini menegaskan matlamat untuk emmiliki tubuh sihat adalah mencapai indeks keseimbangan yang Lestari dan bukanlah hanya bergantung kepada BMI semata-mata.
Seseorang itu seharusnya membuat perubahan gaya hidup secara perlahan-lahan namun boleh dikekalkan sekaligus membantu mencapai matlamat jangka panjang.
Ia antaranya termasuklah mengamalkan pemakanan berhemah, mengetahui keperluan kalori harian dan mengutamakan tidur yang cukup.
“Perubahan tidak berlaku dalam tempoh yang singkat.
“Adalah baik untuk menggalakkan pekerja menjaga kesihatan mereka, tetapi menilai isu ini semata-mata melalui BMI bukanlah pendekatan terbaik untuk jangka panjang,” jelasnya.
Baca Artikel Berkaitan: 11 Juta Dewasa Di Malaysia Alami Masalah Berat Badan Berlebihan
Baca Artikel Berkaitan: Separuh Golongan Dewasa Di Malaysia Hadapi Masalah Obesiti – KJ
Source:


![“Allah Panjangkan Usia Suruh Tambah Amal, Bukan Kejar Dunia” – Ustaz Jafri Abu Bakar [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/opinion.jpeg)
![Dikritik Tak Jaga Pemakanan Anak, Ayah ‘Abang Aji’ Tampil Beri Penjelasan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)
