
KENINGAU: Sebagai pelajar dalam bidang bakeri dan pastri yang bergelar usahawan, Nurul Nazieha Jasnie berazam untuk mengubah tanggapan salah orang ramai bahawa vokasional adalah pendidikan kelas kedua.
Di negara ini, bidang bakeri dilihat hanya menyediakan prospek kerjaya yang terhad, dan Nurul berusaha untuk mengikis tanggapan ini dengan menunjukkan pilihannya itu dalam bidang berkenaan telah banyak membantu dirinya, rakan sebaya dan komuniti.
Dengan kemahiran yang diperoleh Nurul Nazieha, dia berjaya memulakan perniagaan sendiri pada 2022 semasa masih bergelar pelajar sekolah.
