Azam Madrasah Tahfiz Yamin. 'Kami mahu lahir ramai hufaz khatam al-Quran & cemerlang akademik'

23 Feb 2025 • 12:32 AM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Tenaga pengajar bersama pelajar yang mengikuti pengajian di Madrasah Tahfiz Yamin.

Pihak pengurusan dan tenaga pengajar Madrasah Tahfiz Yamin di Jelebu, Negeri Sembilan terus berazam melahirkan ramai hufaz yang berjaya khatam 30 juzuk al-Quran dan juga cemerlang dalam bidang akademik.

Pengetua madrasah berkenaan, Latifah Kedah berkata, kecemerlangan dapat dilihat apabila ada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu yang mendapat keputusan 5A dan 3B.

Menurut beliau, ramai juga pelajar yang hufaz al-Quran sehingga ke peringkat syahadah.

"Madrasah Tahfiz Yamin ini menawarkan fasiliti dan kelas akademik yang moden bagi memastikan pelajar selesa dan boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan hafazan," katanya.

Latifah yang juga bekas Guru Besar Cemerlang memberitahu, madrasah ini mempunyai tenaga pengajar yang profesional dan berpengalaman dalam pelbagai bidang pengajian al-Quran dan akademik.

"Kami mengenakan kadar yuran yang rendah supaya ramai pelajar berpeluang mengikuti pendidikan di Madrasah Tahfiz Yamin ini," katanya

Ibu bapa boleh menghubungi Mohd Iqbal Zawahid di talian 012-2530506 untuk sebarang pertanyaan atau berkaitan pendaftaran pelajar baharu.

Selain itu, orang ramai yang mahu menyumbang untuk pembangunan madrasah boleh terus ke akaun Bank Islam (05067010014835) atas nama Madrasah Tahfiz Yamin.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved