“Azan Nak Berkumandang, Lagu Masih Dipasang” – Wanita Tegur Kedai Dessert Viral

11 Jun 2025 • 10:58 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia wanita tegur kedai desert viral

Satu teguran daripada seorang wanita terhadap sebuah kedai pencuci mulut terkenal di Selayang mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Perkara itu dikongsikan wanita terbabit melalui Threads, apabila dia mendakwa staf kedai tersebut tidak menghormati waktu azan Maghrib.

Lagu kuat dipasang, staf lelaki siap menyanyi…

image is not available
Kejap-kejap! Aduh, nampak sedap pula desert kedai ni…

Menurut wanita itu, kejadian berlaku sekitar jam 7 petang ketika dia singgah ke kedai viral tersebut untuk bungkus makanan.

Sebagai seorang Muslim, rasa serba salah dan berdosa kalau saya tidak tegur. Hampir jam 7 petang pergi sebuah kedai dessert paling famous dan viral di Selayang.

Katanya, lagu dimainkan dengan kuat dan ada staf lelaki yang menyanyi dengan penuh perasaan walaupun azan Maghrib hampir berkumandang.

Tegur sekali tak jalan, kali kedua baru nak dengar…

image is not available

Dia kemudian meminta staf menutup lagu kerana waktu Maghrib semakin hampir, tapi permintaannya tidak diendahkan.

Saya beritahu staf dah nak azan maghrib dan minta tutup lagu.

Namun, lagu masih kedengaran seperti biasa. Selepas ditegur kali kedua, barulah mereka mematikan lagu berkenaan.

Dua kali sound baru lagu ditutup. Sedih bila Muslim sendiri tidak hormat agama. Tak rugi pun perniagaan itu.

Perkongsiannya menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi. Ada yang bersetuju dan menganggap ia satu peringatan yang baik, tetapi tak kurang juga yang mengkritik caranya berkongsi perkara itu di media sosial.

image is not available

Pssttt! Teguran dengan cara baik demi menghormati azan bukan satu kesalahan. Lagi-lagi dalam premis yang dimiliki atau diuruskan oleh orang Islam. Hormat waktu solat adalah asas adab dan akhlak. Kalau bukan kita yang saling mengingatkan sesama sendiri, siapa lagi?

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.