Azar Azmi Didakwa Guna Duit Bantuan Aliff Syukri Untuk Ikat Jamin Suami, Ini Apa Kata Tuan Badan

LocalEntertainment
16 Apr 2026 • 7:48 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelakon, Azar Azmi tampil menafikan dakwaan kononnya dia menggunakan wang pemberian usahawan Aliff Syukri untuk urusan ikat jamin suaminya.

Menurut laporan mStar, Azar berkata perkara itu tidak benar kerana mengikut prosedur mahkamah, dia dan ahli keluarga lain tidak dibenarkan menjadi penjamin kepada suaminya sendiri, Mohd Apri Hazreen.

Saya tak boleh nak ikat jamin sebab mengikut perintah mahkamah, saya dan ahli keluarga lain tidak dibenarkan mengikat jamin suami sendiri.

Azar Azmi tak tahu apa-apa

image is not available

Mengulas mengenai kes penipuan wang melibatkan suaminya, Azar mengakui dia langsung tidak menyedari sebarang aktiviti mencurigakan.

Katanya, kehidupan mereka sebelum ini juga tidak menunjukkan tanda kemewahan seperti yang didakwa.

Saya memang tak tahu sebab apa yang saya nampak dia keluar pergi kerja macam orang lain.

Tiada kemewahan. Menunggu duit hujung bulan. Tak ada keistimewaan lain.

RM40,000 digunakan untuk langsaikan hutang

image is not available
Kredit Foto: Oh Bulan

Dalam masa sama, Azar menjelaskan bahawa wang sebanyak RM40,000 yang diterimanya daripada Aliff Syukri digunakan untuk melangsaikan hutang suaminya yang dianggarkan mencecah ratusan ribu ringgit.

Duit RM40,000 yang dapat dari Datuk Aliff Syukri saya gunakan untuk melangsai hutang.

Untuk rekod, suami Azar, Mohd Apri Hazreen mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu seorang lelaki berusia 56 tahun membabitkan kerugian sebanyak RM270,811.

Azar sebelum ini turut direman bagi membantu siasatan, namun kini telah dibebaskan dan akan bertindak sebagai saksi pendakwaan dalam kes tersebut.

Pssttt! Dalam situasi sukar, penting untuk semak fakta sebelum membuat tuduhan. Jangan cepat menghukum tanpa mengetahui cerita sebenar.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Azar Azmi Didakwa Guna Duit Bantuan Aliff Syukri Untuk Ikat Jamin Suami, Ini Apa Kata Tuan Badan appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved