Pelakon terkenal, Azar Azmi mendedahkan detik paling sukar dalam hidupnya selepas dibebaskan daripada tahanan polis.
Menerusi satu potongan klip di Tiktok, Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi tidak dapat menahan air mata ketika berkongsi keperitan yang dilalui.
Benda ini siapa pun tak pernah tahu dan saya tak pernah dedahkan.
Momen ketika saya diambil..habis, saya tak ada apa-apa langsung. Saya dibebaskan, keluar dari situ..dunia akhirat saya cuma ada RM28 je.
Trauma berdepan pandangan dan cacian orang ramai
@heyluvmichelle “ada 28 ringgit sahaja” Nona jam 2pm di Tv3 Youtube Nona Tv3
♬ original sound – heyluvmichelle – heyluvmichelle
Bukan sahaja berdepan masalah kewangan, Azar turut mengakui dia takut untuk berhadapan dengan masyarakat selepas kejadian tersebut.
Ketika saya nak melangkah keluar, saya jadi takut nak jumpa orang. Pandangan, tomahan dan makian orang.
Hidup Azar Azmi bergantung pada keluarga

Dalam kesusahan itu, Azar bersyukur kerana masih mempunyai keluarga yang sentiasa menyokongnya.
Saya tiada apa-apa. Apa yang ada di badan, tudung kakak saya punya, baju arwah mak dan kasut pun kakak punya.
Saya beruntung sebab ada kakak dan adik-adik yang membantu. Kalau tak, saya rasa tak tahu apa yang akan jadi dalam hidup saya.
Terdahulu, nama Azar menjadi perhatian selepas dia bersama suaminya, Mohd. Apri Hazreen Mohd Sapri didakwa berkaitan penipuan tanah kurnia dan darjah kebesaran.
Bagaimanapun, Azar telah dibebaskan dan kini akan menjadi saksi pendakwaan bagi kedua-dua kes tersebut.
Pssttt! Setiap orang diuji dengan cara berbeza. Jangan cepat menghukum, kerana kita tak pernah tahu apa yang seseorang sedang lalui.
Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
