
SITUASI Norish Karman baru-baru ini mengejutkan ramai selepas dilaporkan sedang mengalami masalah kesihatan yang semakin merosot.
Anak keduanya, Manda Hash tampil memberi penjelasan berkaitan keadaan sebenar kesihatan ibunya dan menjawab dakwaan scammer mengutip dana palsu.
"Bukan scam tapi realiti kehidupan Manda sekarang. Bukan mencari simpati tapi berkongsi realiti.
"A single mom of eight, yang percaya pada ujian ALLAH SWT menjalankan tanggungjawab sehingga terlepas pandang kesihatan diri," kongsinya.
Menjelaskan hubungan rapatnya dengan Norish, Amanda atau nama penuhnya Nur Hanyz Amanda Hashimuddin Abdul Kadir, 22, berkata mereka sentiasa bersama hampir setiap masa.
Sebagai ibu, pelakon Sayang Salmah dan Raja Melewar sentiasa berkorban untuk anak-anak dalam kehidupan yang semakin mencabar.

"I would know as I am with my mum almost 24/7, I know how selfless she can be at times.
"Bunda sentiasa mendahulukan keperluan anak-anak dan kehidupan hari2 demi kesinambungan hidup yang cukup keras dan penuh dugaan," titipnya.
Dalam pada itu, Manda yang pernah membintangi drama Takdir Cinta Terlarang percaya apa jua takdir ALLAH adalah bahasa cinta daripada Tuhan.
"Manda pasti ini salah satu tanda ALLAH pandang dan sayangkan bunda.
"Please pray for the strongest person I know, my compass in life and half of my heart," kongsi Manda.
Malah, Manda menerusi laman sosial Threads turut memberi penjelasan kepada individu yang cuba menghubunginya untuk mengetahui lebih lanjut keadaan Norish.
"Buat masa sekarang Manda tidak mampu untuk mmebalas semuanya sekali gus. Saya sedang sibuk menjaga bunda di hospital dan lima orang adik kecil di rumah.
"Saya juga baru sahaja menyiapkan tempahan katering pada saat akhir supaya dapat menambah dana untuk membayar bil perubatan bunda tetapi untuk menjawab semua soalan anda,
"Ya, kesihatan bunda tidak stabil dan dia sedang berada di hospital serta merupakan pesakit berisiko tinggi.
"Kepada semua andaian di ruangan komen dan DM saya, tidak, ini bukan scam, bukan kanser dan bukan kegagalan jantung (walaupun jika saya lambat masukkan dia ke hospital, jantungnya boleh berhenti pada bila-bila masa).

"Saya tidak mampu untuk kehilangan bunda. Tolong doakan ibu saya supaya sihat dan kuat kembali," titipnya.
Terdahulu, tular yang baru-baru ini perkongsian laman sosial yang mendedahkan keadaan Norish semakin merosot
Menerusi sebuah laman kutipan dana, Norish difahamkan sedang berjuang dengan masalah kesihatan serius iaitu paras darah dan zat besi yang terlalu rendah (extreme low blood and iron) sejak dua tahun yang lalu.
Pemilik nama Nor’Ashikin Karman itu dikatakan bergerak menggunakan kerusi roda kerana sudah tidak mampu berjalan.
Bagaimanapun susulan tularnya untaian Threads berkenaan, timbul dakwaan dalam kalangan pengguna media sosial bahawa hantaran berkenaan adalah palsu dan akaun digodam. Namun tidak kurang juga yang menggesa agar bantuan segera dihulurkan kepada pelakon itu.
