Azeem Fahmi bantu Auburn raih emas 4x100m di Atlanta

22 Mar 2026 • 9:50 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 22 MAC: Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi berjaya membantu kuartet 4x100 meter (m) Universiti Auburn meraih emas di Kejohanan Yellow Jacket Invitational di Atlanta, Amerika Syarikat (AS) hari ini. (Sabtu waktu AS).

Muhammad Azeem bersama-sama Alejandro Cardenas, Ian Myers dan Tyler Davis menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 39.75 untuk berada di kedudukan pertama.

Tempat kedua acara itu dimenangi kuartet Universiti Lipscomb yang dibarisi Emery Eckert, Joel Nimoh, Wessel Vandernest, Justin Davis dengan catatan masa 41.93s.

Tiada pemenang ketiga direkodkan bagi acara itu selepas baki lima pasukan yang mengambil bahagian acara itu diklasifikasikan sebagai tidak menamatkan perlumbaan (DNF) dan tidak memulakan saingan (DNS).

Untuk rekod ini merupakan pingat kedua Muhammad Azeem di kejohanan itu selepas berjaya meraih perak dalam acara 100 m semalam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved