Azeem Fahmi bantu kuartet Universiti Auburn juarai kejohanan NCAA 2025

14 Jun 2025 • 11:20 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Pelari pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi mencipta sensasi apabila membantu kuartet Universiti Auburn untuk menjuarai acara 4x100 meter berganti-ganti pada Kejohanan Balapan dan Padang Persatuan Olahraga Berkolej Kebangsaan (NCAA) 2025 hari ini.

Kuartet Auburn yang dibarisi Muhammad Azeem, Kayinsola Ajayi, Dario Matau, dan Makanakaishe Charamba mempamerkan larian bertenaga untuk meraih gelaran juara dengan catatan masa 38.33 saat (s).

Tempat kedua menjadi milik Universiti Southern California (USC) dengan catatan masa 38.46s, manakala Universiti Negeri Louisiana (LSU) di kedudukan ketiga (38.56s)

Terdahulu, kuartet Auburn itu mencatat rekod 37.97s pada aksi separuh akhir pada Rabu untuk mara ke final.

Untuk rekod Muhammad Azeem yang lebih dikenali sebagai Azeem Fahmi sebelum ini pernah membantu universiti itu bergelar juara acara sama pada 2024.