Azeem Fahmi Raih Gangsa 100M Sukan Asia, Tamatkan Kemarau Pingat 41 Tahun

1 Oct 2023 • 1:18 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pelari remaja, Muhammad Azeem Fahmi berjaya meraih gangsa dalam acara 100m sekali gus menamatkan kemarau pingat selamat 41 tahun Sukan Asia buat kontijen Malaysia.

image is not available

Azeem Fahmi catat masa 10.11 saat

Memetik laporan dari Utusan Malaysia, pelari berusia 19 tahun itu berjaya mencatat masa 10.11 saat dalam penampilan pertamanya di Sukan Asia.

Untuk kategori tersebut, jaguh pecut tuan rumah, Xie Zhenye telah meraih pingat emas apabila mencatat masa di bawah 10 saat iaitu 9.97s, manakala perak milik Puripol Boonson dari Thailand selepas mencatat masa 10.02s.

Kali terakhir Malaysia memenangi pingat untuk kategori 100m ini adalah pada Sukan Asia Delhi, India 1982 menerusi Rabuan Pit.

Rabuan telah berjaya menggenggam pingat emas dengan catatan 10.68 saat menewaskan Jang Jae-keun dari Korea Selatan.

Difahamkan, Azeem yang memegang rekod 100m kebangsaan dengan catatan 10.09s bakal beraksi dalam dua lagi acara iaitu 200m dan 4×100m.