Azeem gagahkan diri habiskan final 100m walau kaki kejang

25 Sep 2026 • 10:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Azeem gagahkan diri habiskan final 100m walau kaki kejang
Azeem (tengah) dipapah oleh paramedik selepas mengalami kecederaan dalam saingan akhir 100m. Foto AFP
Image from: Azeem gagahkan diri habiskan final 100m walau kaki kejang
Puripol (dua dari kiri) mengungguli acara 100m Sukan Asia di Nagoya City Mizuho Park Athletic Stadium pada Jumaat. Foto AFP

JAGUH pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi tetap menggagahkan diri menghabiskan larian walaupun mengalami kekejangan kaki ketika final 100 meter (m) lelaki Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Nagoya City Mizuho Park Athletic Stadium sebentar tadi.

Azeem, 22, yang kelihatan bergelut dengan kecederaan ketika perlumbaan berlangsung terpaksa meneruskan larian dalam keadaan terhencut sebelum melintasi garisan penamat di tempat kelapan dengan catatan 14.65 saat (s).

Sebaik menamatkan perlumbaan, Azeem terus terbaring di trek sebelum mendapatkan bantuan daripada pasukan perubatan.

Keadaan itu menyaksikan Azeem tidak dapat mempertahankan pingat gangsa yang dimenanginya pada Sukan Asia Hangzhou 2022, namun keberaniannya meneruskan larian sehingga ke garisan penamat tetap menjadi tumpuan dalam final berkenaan.

Kini perhatian terarah kepada tahap kecederaan dialami Azeem, terutama menjelang acara 4x100m yang turut disertai kuartet negara di temasya berkenaan.

Di sebalik kecederaan Azeem, pelari pecut Thailand, Puripol Boonson mengesahkan dirinya sebagai juara 100m lelaki Sukan Asia selepas memenangi final dengan catatan 9.90s, sekali gus mencipta rekod baharu kejohanan.

**media[3658990]**

Lebih mengagumkan, Puripol memperbaharui rekod Sukan Asia miliknya sendiri iaitu 9.91s yang dilakarnya pada separuh akhir.

Catatan 9.90s itu turut mengukuhkan kedudukan Puripol dalam kelompok pelari terpantas dan mengukuhkan statusnya sebagai antara bintang pecut utama benua Asia.

Pingat perak menjadi milik pelari Oman, Ali Al Balushi dengan catatan 10.04s, manakala rakan senegaranya, Malham Al Balushi turut merekodkan 10.04s untuk meraih gangsa.

Bagi Azeem, harapan kini adalah supaya kecederaan yang dialaminya tidak serius dan dia dapat kembali cergas untuk membantu kuartet 4x100m negara meneruskan cabaran di Nagoya.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved