
KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dibawa masuk ke dalam dewan Mahkamah Sesyen Jenayah 9 di sini dengan memakai pakaian berwarna ungu bertulis `LOKAP PDRM’ dan tangannya bergari.
Difahamkan Abdul Azeez baru sahaja selesai proses reman selepas ditahan oleh pihak polis malam tadi.
Ahli Parlimen Baling itu juga akan didakwa mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebentar lagi berkait dengan laporan RCI Tabung Haji.-UTUSAN
The post Azeez Rahim dibawa masuk mahkamah pakai baju ungu appeared first on Utusan Malaysia.



![[VIDEO] Selesai bayar jamin RM450,000, Azeez Rahim masih dalam tahanan sehingga esok](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/5a43c9a0-d0c1-4258-b968-d3e56d1786b1-1024x682.jpeg)


