
KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dibebaskan kira-kira pukul 3 petang tadi selepas direman selama dua hari bagi membantu siasatan kes penipuan berkaitan pemberian hibah TH.
Perkara itu dimaklumkan peguam Datuk Amer Hamzah Arshad selain mengesahkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu bakal menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
“Saya baru dimaklumkan, dia (Abdul Azeez) dah dilepaskan pukul 3 lebih tadi. Keadaan beliau (kesihatan) baik dan sangat teruja untuk menghadiri PAU malam ini,” katanya ketika dihubungi.
Semalam, Abdul Azeez merupakan antara tiga individu yang diheret ke mahkamah untuk berdepan tindakan undang-undang dan direman bagi membantu siasatan susulan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja TH.
The post Azeez Rahim dibebas, bakal hadiri PAU malam ini appeared first on Kosmo Online.






