Azeez Rahim pakai baju lokap, gari atas kehendak sendiri

LocalPolitics
9 Sep 2026 • 4:49 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Azeez Rahim pakai baju lokap, gari atas kehendak sendiri

PUTRAJAYA- Tindakan bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang memakai baju lokap ungu polis dan keadaan bergari ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini adalah dibuat atas kehendak beliau sendiri.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, tokoh politik itu juga turut dinasihati oleh pegawai terlibat dan peguam untuk memakai pakaian biasa ketika hadir prosiding serta tidak perlu mengenakan gari.

“Untuk makluman, sebelum dibawa ke mahkamah, beliau dinasihati pegawai SPRM serta pegawai polis yang mengiringi dan juga peguamnya untuk menukar kepada pakaian biasa selain menyatakan tidak perlu memakai gari.

“Bagaimanapun, beliau berkeras untuk kekal memakai pakaian lokap dan juga gari berkenaan sehingga proses pertuduhan selesai dibacakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Justeru, SPRM ingin menegaskan bahawa pemakaian baju lokap dan gari terhadap beliau bukan atas arahan atau kehendak mana-mana pihak khususnya suruhanjaya itu.

“Sehubungan itu, SPRM meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak tepat khususnya yang membabitkan isu ini,” katanya.

Hari ini, Azeez diputuskan untuk berada di lokap sehingga esok meskipun telah membayar ikat jamin RM450,000 seperti yang dibenarkan mahkamah.

Ini kerana, Abdul Azeez perlu menjalani perintah reman bagi siasatan kes Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan tipu pemberian hibah.

Sebelum ini, SPRM memutuskan untuk menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke mahkamah untuk tujuan permohonan reman berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd. Halim Aman dilaporkan berkata, langkah itu diambil susulan perkembangan terkini dan saranan semasa berkaitan tatacara pengendalian OKS, khususnya ketika proses membawa mereka ke mahkamah. – KOSMO! ONLINE

The post Azeez Rahim pakai baju lokap, gari atas kehendak sendiri appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved