Azhar Sulaiman Izinkan Leona Kahwin Muda, Letak Beberapa Syarat Buat Bakal Menantu – “Pastikan Dia Bukan…”

LocalEntertainment
30 Dec 2024 • 2:16 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon, Azhar Sulaiman memberitahu dia mengizinkan anaknya, Leona berkahwin pada tahun depan.

Namun, dia telah meletakkan beberapa syarat sebelum menerima calon suami yang dibawa oleh anak perempuannya itu.

image is not available

Menerusi satu hantaran di akaun Facebook milik pelakon itu, Azhar telah mengucapkan selamat tahun baru kepada anaknya disamping turut memberi kebenaran kepada anaknya itu untuk berkahwin.

Selamat tahun baru Mekna (Leona). Kalau awak behi (ingin) sangat nak nikah tahun depan, tak apa.

 

Tapi pastikan dia tak kisah asap rokok terutamanya dalam kereta, bukan vegetarian dan okey dengan music genre rave.

Pelakon itu turut berkata bakal suami pilihan anaknya itu perlu mendapat restu daripada dirinya dan dua adik beradiknya iaitu Kasih Leia Ixora dan Andika Rees Pahamin.

Dia mesti diterima oleh The High Council, saya serta Kasih dan Rees.

Menerusi ruangan komen, pelakon itu berkata isterinya mungkin akan menerima mana-mana pilihan Leona, namun dia serta dua lagi anaknya mungkin tidak akan menerima dengan mudah.

Syarat dan ujian berbeza. Dengan Mommy mungkin senang lulus ujian tapi kami bertiga, restunya berlainan.

image is not available

Sebelum ini, Leona pernah meluahkan hasrat untuk berkahwin pada tahun 2025 namun masih belum mempunyai calon suami buat masa sekarang.

image is not available 7 months ago

"Nasihat Daddy, Jadilah Orang Yang..." - Leona Dan Rees Mula Dikenali, Azhar Sulaiman Nak Undur Diri Dari Dunia Hiburan