Azhar Sulaiman Nasihat Fathia Dan Zarina Gaduh ‘Behind Camera’, Tak Nak Artis Lain Kena Tempias

Entertainment
11 Jan 2024 • 12:53 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Kecoh di media sosial berhubung dengan sebuah video tular yang memaparkan selebriti Zarina Anjoulie memberi komen isu hangat yang dicetuskan pelakon Fathia Latiff.

Difahaman, Zarina telah mendedahkan perangai sebenar Fathia yang busuk hati dan menyebabkan hubungan persahabatan mereka renggang.

Menariknya, kontroversi ini telah menjadi perbualan hangat netizen di media sosial termasuklah rakan artis yang lain.

Terbaharu, pelakon Azhar Sulaiman, turut memberi pendapat berhubung dengan kontroversi pelakon ini di hantaran Instagramnya dan menasihati kedua pelakon wanita berkenaan untuk bersikap profesional.

image is not available

Sebelum itu, saya mengaku sebagai lelaki tulen tak dapat elak dari rasa syok kat Fathia dan Zarina di zaman 20-an mereka.

Tapi, sebagai abang, nasihat saya, bergaduh secara terbuka hanya akan datangkan bad vibes dan pandangan buruk orang ramai.

Malah, Azhar turut menegur agar Fathia dan Zarina menyelesaikan masalah mereka di belakang kamera kerana aktor itu tidak mahu isu ini memberi impak buruk kepada artis yang lain.

Jadi tolong gaduh behind the camera okay. Saya dan yang lain terjejas bila netizen label kami semua ‘hampas’.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


https://www.tiktok.com/@ohmedia/video/7322308826261130497?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135797539647243778