Azharina Kantoi Tipu Tok Ram, Netizen Jumpa Video Pernah Nyanyi Lagu ‘La Bamba’?

Entertainment
30 Nov 2023 • 12:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kini sedang berlangsung rancangan realiti nyanyian All-Stars Gegar Vaganza yang menampilkan juara-juara Gegar Vaganza (GV) sebelum ini merebut gelaran juara All-Stars.

Antara salah seorang peserta rancangan tersebut ialah pelantun lagu Elegi Sepi iaitu Azharina Azhar yang merupakan juara GV pada musim ketiga.

Pun begitu, baru-baru ini Azharina diberikan task untuk menyanyikan lagu Amerika Latin berjudul La Bamba yang dipopularkan oleh Ritchie Valens.

Dalam konsert mingguan GV, ketika juri tetap iaitu Ramli MS memberikan komen kepada Azharina, penyanyi kelahiran Bintang RTM itu menolak sekeras-kerasnya yang dia pernah menyanyikan lagu tersebut, Ramli MS atau mesra disapa Tok Ram bertanya demikian kerana dia kelihatan selesa menyanyikan lagu itu.

“Netizen pantas buat kerja”

Bagaimanapun, netizen membongkarkan dakwaan Azharina itu tidak benar dan ada yang menjumpai peserta All-Stars GV itu menyanyikan lagu tersebut di khalayak ramai.

Perkara itu membuatkan ramai netizen terkejut dan ramai yang merasakan penyanyi berusia 38 tahun itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

image is not available

Ayo, macam mana ni?

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.