Aktivis Rohingya, Noor Azizah sekali lagi menjadi perhatian di media sosial apabila beberapa pengguna internet tampil mempersoalkan beberapa dakwaan yang pernah dikongsikannya mengenai latar belakang kehidupan keluarganya.
Menerusi beberapa hantaran yang tular, netizen meminta penjelasan berhubung kisah perjalanan keluarganya dari Myanmar ke Sabah yang pernah diceritakan sebelum ini.

Dalam hantaran yang tular itu, ramai mempersoalkan bagaimana Azizah dan keluarga dapat berpindah dari Myanmar ke Sabah dengan hanya berjalan kaki memandangkan dari sudut geografi amatlah mustahil untuk dilakukan.

Malah, ada juga pihak yang mendakwa wujud percanggahan dalam beberapa kenyataan yang pernah dibuat oleh Noor Azizah mengenai tempat kelahirannya serta kehidupan keluarganya ketika membesar.
Dalam hantaran berasingan, seorang lagi pengguna turut mengemukakan beberapa dakwaan yang mempertikaikan naratif yang pernah dikongsikan oleh aktivis tersebut.


Bagaimanapun, setakat ini dakwaan yang tular di media sosial itu masih belum dapat disahkan secara bebas dan Noor Azizah juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi menjawab tuduhan berkenaan.
Isu tersebut terus hangat diperkatakan dalam kalangan netizen, terutama selepas beberapa kontroversi melibatkan aktivis itu tular sejak kebelakangan ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Cari Pasal Dengan Rakyat Malaysia, Akaun Media Sosial Noor Azizah Rohingya Disekat
The post Azizah Rohingya Terus Dikecam, Jiran Lama Dedah Penipuan – “Tipu Korek Sampah, Padahal Duduk Flat Di Sabah” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





