Azizulhasni naik podium di Australia

2 Mar 2024 • 11:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Azizulhasni raih gangsa di Kejohanan Kebangsaan Trek Berbasikal Australia 2024 di Velodrom Anna Meares Brisbane, Australia pada Sabtu. -Foto: Agensi

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali ke podium apabila meraih pingat gangsa acara keirin di Kejohanan Kebangsaan Trek Berbasikal Australia 2024 di Velodrom Anna Meares Brisbane, Australia pada Sabtu.

Emas dimenangi pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2022, Matthew Richardson (Australia) manakala Matthew Glaetzer (Matthew Glaetzer) meraih perak.

"Alhamdulillah syukur saya mendapat pingat gangsa dalam acara keirin di Australia.

"Perlumbaan peringkat akhir tadi sangat laju dengan catatan masa 9.57 saat untuk 200 meter terakhir dan dimenangi Matthew Richardson," kata Azizulhasni.

Sebelum ini dalam acara pecut lelaki pada Jumaat, Azizulhasni kecundang 0-2 kepada Glaetz di suku akhir.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved